5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (6-10 Disember 2021)

683

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Pasaran masih menjangkakan kadar faedah akan dikekalkan oleh Reserve Bank of Australia (RBA) untuk mesyuarat terbaru. Namun, kenyataan bank pusat akan memberi isyarat untuk petunjuk dasar monetari selanjutnya.

Sentimen Ekonomi Jerman Tinjauan ZEW (Selasa 6.00 Petang): Bakal menambah tekanan buat dagangan Euro pada minggu ini apabila data jangkaan tinjauan ekonomi Eropah khususnya di Jerman diramalkan kembali susut.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 11.00 Malam): Kadar faedah dijangka akan kekal di paras 0.25% oleh Bank of Canada (BOC) untuk mesyuarat dasar monetari edisi Disember. Pelabur masih menantikan isyarat oleh bank pusat untuk pengetatan dasar yang kini berkemungkinan dikekang oleh kebimbangan penularan varian coronavirus terbaru.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Jumaat 3.00 Petang): Bacaan pertumbuhan ekonomi bulanan di UK dengan mengukur bacaan data KDNK serta beberapa data ekonomi yang diterbitkan bersama dijangka sedikit menurun untuk bulan November. Perbezaan besar pada bacaan angka bulan sebelumnya boleh memberi kesan ketara terhadap pergerakan mata wang Pound.

Data Inflasi AS (Jumaat 11.00 Malam): Selepas meningkat pada Oktober, bacaan inflasi Amerika Syarikat dijangkakan kembali susut pada November. Data tumpuan Federal Reserve (Fed) ini akan turut dinilai memberi kesan terhadap rancangan pengetatan dasar yang dibincangkan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat