5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (6-9 Sept 2021)

1,470

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Dasar Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Pelabur menantikan sama ada benarkah langkah untuk pengurangan pembelian aset (tapering) oleh Reserve Bank of Australia (RBA) akan diputuskan pada mesyuarat September. Kenyataan bernada hawkish oleh bank pusat akan menyokong pengukuhan dolar Aussie.

Sentimen Ekonomi Jerman Tinjauan ZEW (Selasa 5.00 Petang): Menjadi ekonomi terbesar di Eropah, kesihatan ekonomi Jerman akan ditinjau yang akan memberi petunjuk awal terhadap kesihatan ekonomi Eropah di masa hadapan. Jangkaan bacaan data terbaru yang susut akan membawa tekanan terhadap mata wang Euro.

Mesyuarat Dasar Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Pagi): Keputusan mesyuarat dasar oleh Bank of Canada (BOC) yang terbaru akan menjadi perhatian selepas BOC sebelum ini meneruskan pengurangan pembelian aset (tapering) menjadi antara bank pusat terawal mengetatkan dasar selepas pandemik melanda. Kadar faedah dijangka masih dikekalkan sementara unjuran ekonomi Kanada akan turut menjadi tumpuan.

Mesyuarat Dasar Bank Pusat Eropah (Khamis 7.45 Petang): Mata wang Euro dijangka akan terus mengalami kesulitan dalam pasaran ekoran European Central Bank (ECB) masih lagi dilihat akan meneruskan pelonggaran polisi dalam usaha untuk menyokong ekonomi Eropah. Kadar faedah diramalkan kekal di paras 0.0% tidak berubah.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Selepas laporan pekerjaan NFP AS minggu lalu, minggu ini pula menjadi tumpuan adalah laporan data pekerjaan Kanada pula. Pertambahan pekerjaan yang jatuh di bawah paras 100,000 pada Julai diharapkan untuk meningkat lebih tinggi untuk catatan bulan Ogos. Kadar pengangguran menunjukkan trend penurunan yang baik ke paras 7.5% pada bacaan Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat