5 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (8-12 Februari 2021)

1,433

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pengeluaran Perindustrian Jerman (Isnin 3.00 Petang): Sebagai ekonomi terbesar di Eropah, pengeluaran perindustrian di Jerman menjadi tumpuan sebagai salah satu indikator untuk pelabur menilai kesihatan ekonomi semasa melalui sektor pengeluaran. Data yang diterbitkan untuk Disember 2020 dijangka sedikit susut berbanding bacaan sebelumnya.

Data Inflasi China (Rabu 9.30 Pagi): Data ekonomi di China turut dinilai oleh pasaran sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat (AS). Kadar inflasi di China pada Januari 2021 diramalkan lemah susut sehingga -0.2%.

Data Inflasi Jerman (Rabu 3.00 Petang): Kadar inflasi Jerman dilihat lemah pada penghujung tahun 2020 namun semakin pulih pada Disember dengan meningkat kepada 0.5%. Peningkatan berterusan pada Januari kepada 0.8% dengan jangkaan bacaan seterusnya akan berterusan baik.

Data Inflasi AS (Rabu 9.30 Malam): Kadar inflasi di AS semakin menunjukkan corak kenaikan sejak November tahun lalu yang memberi isyarat perbelanjaan pengguna AS semakin pulih. Bacaan inflasi pada Januari dilihat berada pada paras sekitar Disember lalu.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Jumaat 3.00 Petang): Pertumbuhan GDP UK untuk suku terakhir 2020 dijangka susut lebih rendah berbanding suku sebelumnya berikutan ekonomi yang berdepan langkah sekatan pergerakan bagi membendung penularan pandemik.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat