5 Buku Analisis Teknikal Terbaik Untuk Traders Saham Dan Komoditi

8,143

Apabila disebut tentang pelaburan, terdapat dua analisis penting yang perlu diberi perhatian iaitu analisis teknikal dan fundamental. Jadi, bagaimana untuk kita mempelajari salah satu daripadanya?

Oleh itu, artikel ini akan mendedahkan kepada anda 5 buah buku terbaik untuk dijadikan panduan dalam memahami analisis teknikal.

1. Techical Analysis of the Financial Markets oleh John J. Murphy

Buku ini sangat popular dalam carta buku analisis teknikal. Ianya mengandungi panduan menyeluruh mengenai kaedah dagangan dan merangkumi prinsip asas analisis teknikal.

Selain itu, buku tersebut dapat membantu anda memahami konsep analisis teknikal dan juga mencadangkan alat-alat teknikal terkini yang boleh digunakan dalam pelaburan. Terdapat beberapa konsep yang dibincangkan secara terperinci dalam buku ini iaitu hubungan antara pasaran, candlestick charting, stock rotation, cara membaca carta dan sebagainya.

Seterusnya, buku berkenaan juga memfokuskan kepada pasaran niaga hadapan.

2. Technical Analysis from A to Z oleh B Steven Achelis

Buku ini sangat bersesuaian untuk individu yang baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan atau lebih dikenali sebagai beginners. Ianya menerangkan konsep-konsep asas dan lanjutan dalam analisis teknikal.

Seterusnya, buku tersebut juga menjelaskan tentang terminologi standard yang digunakan dalam analisis teknikal dengan format yang mudah difahami. Terdapat lebih daripada 100 petunjuk teknikal dan chart patterns yang dijelaskan dengan cara yang sangat menarik.

Selain itu, buku berkenaan mengandungi banyak contoh praktikal yang dapat meningkatkan pemahaman pembaca.

3. Technical Analysis: The Complete Resource for Financial Market Technicians oleh Charles D. Kirkpatrick II & Julie R. Dahlquist

Buku ini mesti dimiliki oleh calon peperiksaan Charted Market (CMT). Ianya menggunakan pendekatan yang sangat menarik dalam menerangkan konsep utama analisis teknikal seperti aliran dana, risk mitigation, sistem ujian dan strategi, kesan-kesan bermusim dan sebagainya.

Selain itu, ianya turut dilengkapi dengan maklumat terkini dalam pelaburan merangkumi pattern recognition, experimental indicators dan pemilihan portfolio.

4. Market Wizards oleh Jack D. Schwager

Buku ini mengambil pendekatan berbeza dengan mengemukakan wawancara bersama tenaga pakar dalam bidang pelaburan seperti Marty Schwartz, Tom Baldwin dan sebagainya. Ianya memberikan gambaran yang jelas kepada para pembaca.

Melalui penceritaan pengalaman yang dikongsi, ianya dapat membantu para pembaca untuk meningkatkan kemahiran pengurusan risiko dan mempelajari analisis teknikal dan pelaburan dengan cara yang menarik.

5. Techinal Analysis Explained oleh Martin J. Pring

Buku ini digelarkan sebagai ‘Bible of Technical Analysis’. Ianya menerangkan bahawa analisis teknikal tidak dapat dipisahkan daripada sebarang strategi pelaburan.

Di samping itu, buku tersebut memberikan panduan praktikal untuk analisis teknikal dan meramalkan pergerakan harga dalam membantu membina keyakinan para pelabur serta membantu mereka untuk membuat keputusan yang tepat tanpa dipengaruhi emosi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat