5 Faktor Utama Ini Wajib Jadi Perhatian Pelabur Pada 2022

645

Setelah pelbagai suka duka yang ditempuhi pada 2021, para pelabur kini membuka lembaran baru buat perdagangan 2022.

Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor utama yang akan mempengaruhi pasaran dan perlu dititikberatkan oleh pelabur pada tahun ini. Antaranya ialah :

1) Inflasi
⦁ Seiring dengan pemulihan mendadak dalam aktiviti ekonomi selepas pandemik, ancaman inflasi yang tinggi menjadi kebimbangan utama buat pasaran. Beberapa risiko kenaikan harga dijangka berterusan dalam jangka masa yang panjang disebabkan gangguan rantaian bekalan global.

2) Pengetatan Dasar Monetari
⦁ 2022 bakal menyaksikan bank pusat utama dunia akan mengambil langkah selanjutnya untuk meredakan kehangatan inflasi dan pada masa yang sama menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan.

3) Covid-19
⦁ Dunia masih belum bebas daripada Covid-19. Susulan daripada varian Delta dan Omicron, kemunculan varian baharu yang semakin kuat akan terus menyebabkan ketidakpastian dalam pasaran dan membantutkan pemulihan ekonomi dunia.

4) Komoditi
⦁ 2021 membawa makna yang berbeza buat dagangan komoditi terutamanya minyak mentah dan emas. Minyak mentah mengakhiri dagangan 2021 dengan lebih baik, sementara emas pula mengecewakan.

⦁ Persoalannya kini, sejauh manakah dagangan komoditi akan berkembang pada 2022? Adakah inflasi akan mengubah nasib kedua-dua komoditi utama ini?

5) Geopolitik
⦁ Ketidakstabilan geopolitik boleh membawa ancaman besar buat pasaran, terutamanya isu pasca Brexit yang masih membelenggu pasaran dan berpotensi membantutkan pertumbuhan ekonomi UK.

⦁ Selain itu, ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia dan Ukraine dan pendirian China terhadap Taiwan tidak boleh diabaikan sama sekali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat