5 Tahun Berdiam Diri, Tiba-Tiba ‘Satoshi Nakamoto’ Bersuara
“Agaknya pencipta BTC ni ada nak cakap benda penting ke?”
Selepas lima tahun berdiam diri, akaun X kononnya milik pengasas Bitcoin (BTC) Satoshi Nakamoto muncul semula pada 2 Oktober 2023 susulan aset digital terkemuka tersebut secara tiba-tiba telah dipaparkan.
Melalui post tersebut, Nakamoto telah berjanji untuk menyelidik aspek-aspek masih tidak didedahkan secara jelas dalam whitepaper BTC dalam beberapa bulan akan datang.
Bukan itu sahaja, Nakamoto yang turut berkata sekarang adalah masanya untuk mengekstrapolasi idea-idea kelihatan tidak jelas telah menyebabkan posting beliau mencatatkan lebih satu juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.
Pada 15 tahun lalu, Nakamoto yang mengeluarkan whitepaper BTC telah menjelaskan bahawa aset digital itu direka bentuk sebagai sistem tunai elektronik baharu sepenuhnya bersifat peer-to-peer (P2P) tanpa pihak ketiga.
Bitcoin is a predicate machine. Over the following months, we shall explore different aspects that were not explicitly contained within the white paper. These aspects are all parts of bitcoin, and are important. Some of these ideas were touched upon in the early years; now is…
— Satoshi Nakamoto (@satoshi) October 2, 2023
BTC merupakan alternatif pada mint-based model* yang digunakan dalam sistem pembayaran digital tradisional, oleh itu banyak pihak mempercayai bahawa kod untuk aset digital itu telah ditulis sebelum whitepaper wujud.
*Mengetahui semua urus niaga dan memutuskan mana yang tiba dahulu
Memang tidak dinafikan identiti sebenar Nakamoto masih tidak diketahui sehingga hari ini, tetapi kebanyakan orang seperti saintis komputer Australia Craig Wright telah berulang kali mendakwa beliau adalah pencipta BTC.
Bagaimanapun, peguam kripto John E. Deaton telah mempersoalkan dakwaan tersebut susulan Wright terlalu bersemangat untuk menjadi pencipta BTC yang sebenar, tetapi identiti Nakamoto masih berlarutan pada masa ini.