5 Tips Ketika Floating Negative Dalam Forex Yang Wajib Anda Ambil Tahu

23,549

1# Stick to The Plan

Saya percaya setiap forex trader perlu ada trading plan untuk berjaya. ‘If you fail to plan, you are planning to fail.’ Sebelum anda masuk order BUY atau SELL lagi, anda sudah perlu ada entry and exit plan.

Proses keuntungan dari forex tidak akan lengkap, jika anda hanya ada entry plan, tetapi tidak tahu tahap mana anda nak keluar dari pasaran. Anda juga mesti sudah ada tahap Stop Loss, risk reward yang sudah plan dari awal sebelum masuk market. Berapa amount sanggup rugi.

Jika market bergerak arah berlawanan dari position anda, berapa banyak risk sanggup tanggung. Adakah risk itu berbaloi? Jangan plan untuk untung sahaja, perlu ada plan ketika market tak sependapat dengan kita.

Stop Loss dan Take Profit sudah ada jika anda trade secara medium term atau long term. Jadi jangan panic. Kekal dengan plan anda. Biarkan sahaja market dan masa menentukan sama ada hit Stop Loss atau Take Profit.

2# Elakkan dari melayari Social Network seperti Facebook atau Forum

Sebelum anda start trading, anda perlu sudah ada teknik trading sendiri dan test berkali-kali keberkesanan guna demo akaun mungkin. Dan anda akan bertindak atas akaun anda, melalui pengalaman anda dan sudah tentu duit anda.

Ketika floating negatif, jangan masuk ke Facebook atau Forum.

Bukan apa, takut anda ter”psiko” dengan screenshot posisi rakan trader yang sedang positif mungkin. Tambah pulak berlayer-layer, berlapis-lapis. Memang akan menguji emosi kita dan rasa nak Cut Loss sahaja semua posisi. Lepas Cut Loss menyesal.

3# Tutup Komputer/Laptop/PC/Platform di Smartphones

Mungkin ramai yang ada trading plan, tetapi kalau posisi trading masih positif, anda tersenyum riang. Stick dengan plan anda, tetapi jika floating negatif bagaimana?

Ramai yang mula termenung menghadap chart. Jika chart candlestick dari graf itu boleh keluar, sudah tentu tercucuk mata anda. Tak perlu renung lama-lama. Dugaan memang besar walaupun sudah ada trading plan. Emosi bercampur baur.

Takut terbuka pula Facebook atau Forum Forex. Paling mudah. Off computer. Sambung buat kerja lain. Stop loss dan Take Profit kan sudah ada. Boleh juga tutup komputer/laptop dan keluar dari rumah lakukan aktiviti lain.

Jangan intai-intai MT4 di handphone pula.

4# Jangan keluar “ngeteh” atau “ngopi” dengan Forex Trader lain

Ramai yang berjaya mengharungi tahap di atas iaitu tutup komputer dan keluar rumah mungkin. Yang silapnya. Forex trader ini ramai suka “ngeteh” atau “ngopi”, dalam erti kata lain melepak pula di kedai makan bersama forex-forex trader lain.

Boleh bukan tak boleh.

Tetapi keluar berjumpa dengan rakan forex trader ketika anda hendak buat percambahan ilmu, ulang kaji, belajar dari rakan tentang topik baru memang bagus. Ramai yang silap, floating negatif dan keluar melepak dengan rakan-rakan forex trader.

Rakan pula bawa laptop, mungkin jumpa di kedai mamak, coffee house dan seumpamanya. Sembang punya sembang, dalam kepala terbayang posisi yang sedang floating negatif tadi. Contoh, posisi kita masuk dan sedang floating tadi adalah BUY.

Sekali rakan kita kata, “Ko BUY ke? Aku sedang SELL, tengah positif, sebabnya bla bla bla blaa…..” menerangkan tentang kenapa dia yakin dengan posisi dia. Kita pun tersaiko, pinjam laptop rakan, closed position. Rugi. Mula ikut dia. Sekali market lawan arah balik.

Dua-dua rugi. Anda perlu ingat, mungkin anda guna teknik lain. Dia guna teknik lain. Cara trading lain. Akaun jenis risiko lain. Jadi anda perlu tetapkan pendirian, dan elakkan dugaan apabila berjumpa rakan forex trader lain apabila sedang negatif.

5# Jangan Ego

Ramai yang selepas emosi bercampur baur, serabut kepala, terus open platform dan mungkin lakukan perubahan dengan ubah stop loss. Ingat, jika anda ubah stop loss, bermaksud anda memaksimakan potensi anda untuk rugi lebih banyak.

Mungkin jika anda buang Stop Loss, possibility anda untuk rugi kesemua duit modal. Jangan ego. Akui kelemahan diri. Mungkin anda tak habis test teknik yang anda baru cuba. Mungkin anda tak lakukan kaji selidik yang mendalam. Mungkin anda tanpa pengalaman, terus masuk akaun real dan deposit lalu panic. Muhasabah diri. Ambil iktibar.

Forex bukanlah sesuatu yang mudah jika tanpa ilmu dan pengalaman yang cukup. Ilmu perlu seiring. Tiada erti kata anda akan sentiasa “bertuah” dengan gamble atau berjudi menggunakan akaun forex.

Jangan balas dendam terhadap market. Esok masih ada. Buat kajian balik dan cuba trading balik apabila kajian sudah lengkap, dan hati anda sudah tenang dan yakin.

Anda nak mula trading forex dengan mencari sinar baru tetapi dah habis modal sebab floating negative? Apa kata anda dapatkan USD5 Modal Free Tanpa Perlu Deposit dengan KLIK DI SINI.

*Tawaran terhad, dapatkan sebelum offer tamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat