5 Tips Trading Untuk Beginner

1,264

Sebagai ‘beginner’ atau pemula dalam bidang trading dan pelaburan, banyak perkara anda perlu dalami selain mengambil tahu tentang isu-isu dalam pasaran.

Di bawah merupakan 5 tips trading yang mungkin anda perlukan sebagai seorang beginner.

Ilmu

Trader mestilah mempunyai ilmu pengetahuan asas dalam pasaran sebelum membuat sebarang dagangan atau pelaburan.

Trader juga perlulah mengikuti perkembangan semasa tentang berita pasaran saham dan sebarang punca atau faktor yang boleh mempengaruhi pergerakan pasaran.

Kaji dengan teliti tentang fundamental sama ada ekonomi atau syarikat terlebih dahulu sebelum mula melabur.

Bersederhana

Sebagai beginner, anda tidak seharusnya terus melabur dengan jumlah yang terlalu banyak dalam satu sesi pelaburan.

Anda perlu cuba untuk fokus pada satu atau dua dagangan sahaja pada satu masa.

Dengan itu, ia akan memudahkan anda untuk menjejak dan mencari peluang terbaik dalam trading.

Realistik

Jangan menganggap bahawa setiap strategi trading yang anda lakukan hanya akan mendatangkan keuntungan.

Pastikan anda mengehadkan risiko kewangan anda pada peratusan yang spesifik untuk setiap trading pada akaun trading anda.

Hal ini dapat membantu anda untuk mengurangkan risiko kerugian yang mungkin anda alami.

Tenang

Kawal emosi dan kekal tenang jika berlaku sebarang situasi yang tidak diinginkan.

Keputusan perlu dibuat mengikut logik dan rasional, bukannya emosi semata-mata.

Sebarang penambahbaikkan mahupun trading plan yang baharu yang bakal anda lakukan perlulah dibuat dengan tenang dan berstrategi.

Ikut Perancangan

Sebagai beginner, penting untuk diingatkan supaya sentiasa patuh kepada trading plan yang telah dibuat.

Jangan cuba untuk mengejar keuntungan dan mengubah strategi anda dengan serta-merta.

Dan juga jangan mudah percaya kepada mana-mana sumber yang tidak sahih dan terus menukar trading plan anda yang asal.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat