500 Menara Lagi Bakal Dibina Untuk Tambah Baik Rangkaian 4G

470

Berita baik buat para penduduk di 210 mukim di seluruh negara apabila kerajaan mengumumkan akan membina sekurang-kurangnya 500 menara telekomunikasi baharu bermula suku keempat tahun ini.

Ujar Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, pelan berkenaan merupakan sebahagian inisiatif dalam peringkat pelaksanaan untuk menyediakan rangkaian Internet yang lebih baik dan berkualiti menerusi perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara.

Jelasnya, 280 menara baharu yang akan dibangunkan untuk persediaan jalur lebar mudah alih 4G masih dalam tahap pelaksanaan dan dijangka siap dan boleh beroperasi secara berperingkat mulai suku pertama tahun depan.

“11 stesen pangkalan di menara komunikasi sedia ada sedang dinaik taraf untuk penyediaan perkhidmatan jalur lebar 4G,” kata Zahidi seperti dipetik oleh The Edge.

Tambah Zahidi, seramai 377,360 pengguna Internet yang masih menggunakan perkhidmatan ‘berasaskan tembaga’ di seluruh negar akan dinaik taraf kepada rangkaian fiber optik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Inisiatif berkenaan yang dicadangkan oleh Telekom Malaysia Bhd, dijangka siap sepenuhnya secara berperingkat pada tahun hadapan.

Menurut Zahidi, kementerian sedang meningkatkan rangkaian 4G daripada 91.8% kepada 96.9% di seluruh negara, menjadikan hanya 3.1% kawasan sahaja tidak mempunyai akses kepada rangkaian terbabit.

“Bagaimanapun, kami melihat banyak kawasan ‘titik buta’ di seluruh negara. Jadi kami meminta kawasan yang tiada sambungan rangkaian Internet agar maklumkan kepada SKMM dan kami akan segera menangani masalah berkenaan,” ujar Zahidi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat