6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (17-21 Jan 2021)

746

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar China (Isnin 10.00 Pagi): Pertumbuhan ekonomi kedua terbesar dunia untuk suku terakhir 2021 akan menjadi penilaian pelabur dengan angka ramalan pertumbuhan bakal menurun.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 3.00 Petang): Mata wang Pound bakal dipacu oleh terbitan laporan pekerjaan UK pada minggu ini yang akan menjadi tumpuan bank pusat dalam penetapan dasar monetari.

Sentimen Ekonomi Jerman Tinjauan ZEW (Selasa 6.00 Petang): Data tinjauan ini menjadi salah satu indikator yang menilai kesihatan semasa ekonomi Eropah. Bacaan yang masih kekal berada di atas paras 0.0 terus memberi isyarat yang positif terhadap perkembangan ekonomi walaupun berdepan pelbagai risiko.

Data Inflasi UK (Rabu 3.00 Petang): Turut akan menjadi tumpuan bank pusat England (BOE) dalam pengetatan dasarnya, kadar inflasi di UK akan dipantau. Pasaran bakal menjangkakan inflasi tahunan UK meningkat ke paras tertinggi lebih sedekad.

Data Inflasi Kanada (Khamis 9.30 Malam): Bacaan bulanan bagi inflasi di Kanada diramalkan menurun yang berkemungkinan akan mempertimbangkan rancangan bank pusat Kanada untuk meneruskan pengetatan dasar monetari sebelum ini.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Ekonomi Australia dijangka mencatatkan pertambahan pekerjaan yang lebih rendah pada Disember 2021, 60,000 berbanding 366,100 pada bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat