6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (21-25 November 2022)

356

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 9.00 Pagi): Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dijangka akan meneruskan langkah pengetatan dasar dengan jangkaan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat terakhir 2022 adalah sebanyak 75 mata asas, lebih tinggi berbanding 50 mata asas mesyuarat sebelum ini.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Rabu 5.00 Petang): Menilai kesihatan semasa ekonomi di Eropah, bacaan awal bagi pertumbuhan sektor penting akan dipantau. Sektor perkhidmatan dan pembuatan di Eropah khususnya di Jerman diramalkan alami penguncupan untuk bulan November.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Rabu 5.30 Petang): Ekonomi UK juga dijangka mencatatkan penurunan pada sektor pembuatan dan perkhidmatan dengan faktor-faktor semasa yang mempengaruhi ekonomi. Mata wang Pound bakal terima tekanan dengan bacaan awal yang merosot.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Rabu 10.45 Malam): Sementara, pasaran menjangkakan sektor tumpuan ekonomi di Amerika masih mengekalkan bacaan yang baik, namun bacaan bagi sektor perkhidmatan berkemungkinan masih di bawah paras yang stabil berbanding bacaan pada sektor pembuatan.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 Pagi): Pelabur akan meneliti butiran lebih lanjut pada minit mesyuarat FOMC yang terbaru selepas Federal Reserve (Fed) memutuskan untuk meneruskan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas bagi kali keempat mesyuarat berturut-turut.

Minit Mesyuarat ECB (Khamis 8.30 Malam): Kenyataan bank pusat berkenaan faktor-faktor yang boleh menjejaskan langkah pengetatan dasar akan diteliti semula oleh pelabur. Bank pusat Eropah sebelum ini telah meningkatkan kadar faedah seperti yang diramalkan, namun gagal menyokong pengukuhan Euro dalam pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat