6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (31 Mei – 4 Jun 2021)

775

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Pasaran menjangkakan mesyuarat dasar monetari terbaru oleh Reserve Bank of Australia (RBA) yang akan berlangsung pada minggu ini akan terus mengekalkan polisi tidak berubah dengan pelonggaran polisi untuk menyokong ekonomi.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Selasa 10.00 Malam): Tinjauan pada sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) positif menunjukkan pertumbuhan kekal berada di atas paras 50.0 mata sejak Julai tahun lalu.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar Australia (Rabu 9.30 Pagi): Pertumbuhan ekonomi Australia untuk suku pertama tahun ini diunjur mengalami penyusutan selepas peningkatan pada suku sebelumnya. Situasi ini dilihat akan memberi tekanan terhadap dagangan dolar Australia.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Khamis 10.00 Malam): Corak pertumbuhan positif yang sama seperti aktiviti pembuatan, sektor perkhidmatan AS juga turut memaparkan peningkatan pada bacaan sehingga Mei 2021.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Seperti yang dinantikan pelabur setiap minggu pertama awal bulan, pertambahan pekerjaan di AS untuk bulan Mei dijangka melonjak selepas bacaan bulan April yang mengecewakan. Kadar pengangguran juga diramalkan untuk sedikit susut semula.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Turut diterbitkan bersama data NFP AS, mata wang dolar Kanada bakal menerima impak besar pada penghujung minggu susulan laporan data pekerjaan yang diterbitkan. Jangkaan ekonomi untuk terus mencatatkan kehilangan pekerjaan pada Mei membimbangkan pelabur, sementara kadar pengangguran juga dijangka bakal meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat