6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (4-8 Julai 2022)

545

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Pelabur menantikan keputusan mesyuarat polisi oleh Reserve Bank of Australia (RBA) untuk jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas lagi kali ini selepas melakukannya pada mesyuarat lalu.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Rabu 10.00 Malam): Selepas tinjauan data pembuatan pada minggu lalu, pasaran akan meneliti pula tinjauan data perkhidmatan di Amerika Syarikat untuk mengukur kesihatan semasa ekonomi terbesar dunia itu pada sektor-sektor utama.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Federal Reserve (Fed) telah meneruskan langkah kenaikan kadar faedah yang agresif dalam usaha membendung inflasi yang tinggi. Pelabur bakal meneliti butiran lanjut pada minit mesyuarat FOMC untuk petunjuk bagi dasar monetari bank pusat.

Laporan Data Pekerjaan ADP AS (Khamis 8.15 Malam): Perubahan pada pertambahan pekerjaan untuk sektor swasta di Amerika Syarikat boleh dijadikan petunjuk untuk laporan data NFP di penghujung minggu.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Menjadi tumpuan pada setiap awal bulan, data pekerjaan di AS bakal memberi impak terhadap pergerakan pasaran khususnya buat mata wang US dolar. Laporan bagi sektor buruh ini juga turut dipantau bank pusat dalam penetapan dasar monetari mereka.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Diterbitkan bersama data NFP, pertambahan pekerjaan di Kanada untuk bulan Jun dijangka sedikit menurun dan bakal memberi kesan negatif terhadap dolar Kanada di penghujung minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat