6 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (1-5 Februari 2021)

1,089

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Isnin 10.00 Malam): Sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) masih menunjukkan bacaan di paras pengembangan sejak separuh tahun kedua 2020. Angka tinjauan bagi bulan Januari dijangka tidak jauh berubah berbanding bulan sebelumnya.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah di paras 0.10% selepas menurunkan kadar ke paras terendah tersebut pada mesyuarat November 2020. Mesyuarat pertama untuk tahun 2021 dijangka tidak melihat banyak perubahan polisi dengan jangkaan kadar akan terus dikekalkan.

Laporan Data Pekerjaan New Zealand (Rabu 5.45 Pagi): Sektor pekerjaan di New Zealand dijangka sedikit merosot untuk Disember 2020 dengan jangkaan kadar pengangguran akan meningkat ke paras tertinggi untuk tempoh hampir 5 tahun.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 8.00 Malam): Bank of England (BOE) dijangka akan kekalkan kadar faedah di paras terendah 0.10% manakala pelabur akan meneliti laporan suku tahunan oleh ahli jawatankuasa bagi menilai kesihatan semasa ekonomi UK.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 9.30 Malam): Selepas ekonomi AS mencatatkan kehilangan pekerjaan sehingga 140,000 pada Disember, untuk Januari 2021 dijangka positif semula dengan unjuran pertambahan 55,000 pekerjaan. Manakala, kadar penganguran dijangka kekal di paras 6.7%.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Turut diterbitkan bersama laporan NFP AS adalah laporan data pekerjaan di Kanada. Pelabur menantikan angka pertambahan pekerjaan untuk bulan Januari 2021 selepas Disember 2020 mencatatkan kehilangan pekerjaan sektiar 62,600 iaitu penurunan terbesar sejak April 2020. Kadar pengangguran masih tinggi, namun menunjukkan trend penurunan pada angka bacaan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat