6 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (11-15 Januari 2021)

1,083

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi China (Isnin 9.30 Pagi): Kadar inflasi di China untuk bulan Disember 2020 akan dinilai sama ada ekonomi kedua terbesar di dunia itu berjaya mengakhiri tahun 2020 dengan baik. Peningkatan pada kadar inflasi akan memberikan gambaran perbelanjaan penggunan yang semakin pulih.

Pengeluaran Perindustrian Eropah (Rabu 6.00 Petang): Dengan krisis pandemik yang semakin memberi tekanan, sektor pengeluaran untuk November dilihat akan terus mencatatkan bacaan yang menurun.

Data Inflasi AS (Rabu 9.30 Malam): Kadar inflasi Amerika Syarikat untuk bulan Disember 2020 dijangka sedikit meningkat namun masih kekal pada zon yang rendah berikutan ekonomi yang terkesan oleh krisis pandemik.

Minit Mesyuarat ECB (Khamis 8.30 Malam): Penerbitan minit akan memberikan butiran lebih jelas polisi mesyuarat terbaru. Pelabur akan meneliti minit bagi petunjuk polisi pada masa akan datang.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Jumaat 3.00 Petang): Data pertumbuhan GDP bulanan UK menunjukkan penurunan. Penguncupan lebih rendah dijangkakan untuk bulan November 2020.

Data Jualan Runcit AS (Jumaat 9.30 Malam): Kadar jualan runcit AS pada November lalu susut rendah dengan jangkaan bacaan terbaru untuk Disember sedikit meningkat namun masih di paras yang rendah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat