6 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (25-29 Januari 2021)

1,779

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Jepun (Selasa 7.50 Pagi): Selepas Bank of Japan (BOJ) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat minggu lalu, pelabur akan meneliti butiran mesyuarat untuk petunjuk polisi pada masa akan datang.

Laporan Pekerjaan UK (Selasa 3.00 Petang): Purata pendapatan di UK menunjukkan kenaikan untuk 4 bulan berturut-turut selepas berakhir di paras 2.7% pada November 2020. Trend kenaikan dijangka akan terus kekal namun kadar pengangguran dijangka sedikit meningkat.

Data Inflasi Australia (Rabu 8.30 Pagi): Kadar inflasi untuk suku tahun terakhir 2020 di Australia dijangka sedikit rendah berbanding suku sebelumnya berikutan tekanan ekonomi yang membelenggu negara tersebut.

Mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 Pagi): Federal Reserve (Fed) kini dilihat berada pada ‘mood dovish’ dan kini tumpuan terarah pada rancangan pakej rangsangan Presiden Joe Biden. Pasaran akan menjangkakan kenyataan lebih bernada dovish untuk mesyuarat terbaru.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Khamis 9.30 Malam): Bacaan awal pertumbuhan GDP Amerika Syarikat untuk suku tahun terakhir 2020 dijangka susut semula selepas bacaan sebelumnya meningkat dengan ketara. Bacaan yang lebih tinggi berbanding jangkaan akan menyokong pengukuhan US dolar dalam pasaran.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Bacaan pertumbuhan GDP bulanan Kanada dilihat susut pada November ke paras 0.4% berbanding 0.8% sebelumnya. Adakah pasaran akan menyaksikan lonjakan semula angka bacaan untuk Disember 2020?

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat