61 Bank Di Jepun Kini Mengorak Langkah Bersama Ripple Dalam Transformasi Kewangan

555

Syarikat matawang digital, Ripple kini sedang bekerjasama dengan 61 perbankan Jepun bagi membangunkan sebuah aplikasi pembayaran. Aplikasi pembayaran tersebut membolehkan pengguna memindahkan wang atau melakukan pembayaran dalam waktu yang singkat melalui penggunaan teknologi blockchain dalam kewangan.

Aplikasi tersebut hadir dalam bentuk aplikasi telefon pintar. Ia membolehkan pengguna untuk menghantar wang mereka ke akaun bank lain dalam negara tersebut.

Pengujian dalam bentuk beta akan mula dilakukan pada bulan hadapan dan 3 perbankan iaitu SBI Sumishin Net Bank Ltd. Suruga Bank Ltd. dan Resona Bank Ltd. dijangkakan akan menawarkan perkhidmatan tersebut pada tahun ini.

Untuk pengetahuan anda, Ripple juga telah menjalankan kerjasama dengan perbankan di negara-negara lain bagi melakukan pembaikan terhadap bagaimana cara mereka melakukan pembayaran.

Blockchain merupakan teknologi lejar digital digunakan sebagai tulang belakang dalam projek ini. Teknologi tersebut juga mempunyai potentsi untuk merekod dan menyemak transaksi. Di Jepun, bank dan pihak autoriti teruja untuk menggunakan teknologi kewangan ini untuk meningkatkan kecekapan operasi.

Menurut Takashi Okita, CEO perhubungan kerjsama berpendapat aplikasi MoneyTap dapat melakukan pembayaran yang lebih ”cepat,selamat dan cekap.”.

Jika pengujian ini berjaya dilakukan dengan jayanya, maka terdapat kemungkinan bahawa ripple akan menjadi salah satu alternatif sistem pembayaran.

Kini Ripple menduduki tangga ketiga dari sudut jumlah nilai pasaran dan berada pada paras harga $0.867485 seunit setakat jam 2.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat