650 Bank & Kesatuan Kredit Tawarkan Perkhidmatan Bitcoin Hasil Kerjasama NYDIG, NCR

820

Laporan terbaru mendedahkan New York Digital Investment Group (NYDIG) dan National Cash Register (NCR) bekerjasama menubuhkan perkhidmatan berkaitan Bitcoin (BTC) melibatkan bank-bank dan kesatuan kredit di Amerika Syarikat (AS).

Kira-kira 650 bank dan kesatuan kredit di negara itu bakal membuka perkhidmatan perdagangan kripto kepada 24 juta pelanggan mereka.

Perkhidmatan tersebut dikatakan akan tersedia melalui aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh NCR dengan ciri lebih mudah kerana pembelian dan penjualan Bitcoin boleh dibuat menggunakan akaun sedia ada.

Secara tidak langsung, satu kelegaan bagi pihak bank kerana tidak perlu lagi bersaing dengan platform pertukaran kripto ekoran rekod jual beli kripto yang meningkat.

Usaha ini juga merupakan satu khabar baik bagi komuniti kripto lagi-lagi kini institusi kewangan ada pilihan untuk menyediakan perkhidmatan berdasarkan perkhidmatan perlindungan daripada NYDIG.

NCR boleh dikatakan salah satu perniagaan besar merangkumi 160 negara, melibatkan perkhidmatan yang pelbagai bermula dengan perbankan digital sehinggalah ATM, dan kiosk.

Rekod semasa menunjukkan NCR berkhidmat untuk 180,000 restoran, perniagaan runcit, dan lain-lain

Terbaru, NCR bekerjasama dengan firma pembayaran kripto, Flexa bagi mewujudkan penggunaan matawang kripto seperti BTC, Ethereum (ETH), Litecoin (LTC), Dogecoin (DOGE) merangkumi 600 kedai untuk pembelian gas dan barangan lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat