7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (15-19 April 2024)

629

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

ISNIN (15 April 2024):

Data Jualan Runcit AS (8.30 Malam) – Kadar jualan runcit di Amerika akan diperhatikan menerusi data terbaru selepas pasaran meneliti data inflasi minggu lalu. Namun bacaan angka diramalkan lebih rendah untuk Mac berbanding bulan sebelumnya.

SELASA (16 April 2024):

Data Pengeluaran Industri China (10.00 Pagi) – Data ekonomi China boleh mempengaruhi suasana pasaran kewangan dan diteliti rapat oleh pelabur. Selain data pengeluaran industri, turut diterbitkan bersama adalah data KDNK dan jualan runcit China.

Data Pekerjaan UK (2.00 Petang) – Akan menjadi pemerhatian bank pusat England, laporan data pekerjaan UK akan mempengaruhi keputusan penetapan dasar monetari yang seterusnya. Laporan untuk Februari dijangka suram dengan indeks purata pendapatan sedikit perlahan sementara kadar pengangguran meningkat.

Data Inflasi Kanada (8.30 Malam) – Kanada dijangka catatkan peningkatan inflasi bulanan yang lebih tinggi untuk Mac lalu sebanyak 0.7% berbanding angka sebelumnya 0.3%. Peningkatan kadar inflasi boleh mendorong bank pusat untuk kekal pada dasar monetari yang ketat.

RABU (17 April 2024):

Data Inflasi UK (2.00 Petang) – Turut menjadi indikator penting dalam penetapan dasar monetari, indeks harga pengguna UK diramalkan untuk menurun bagi bacaan bulan Mac ke paras terendah sejak Oktober 2021.

KHAMIS (18 April 2024):

Data Pekerjaan Australia (9.30 Pagi) – Biro Statistik Australia dijangka akan memaparkan laporan pekerjaan yang suram bagi bulan Mac. Pertambahan pekerjaan dijangka perlahan selepas lonjakan angka pada bulan sebelumnya manakala kadar pengangguran diunjurkan meningkat lebih tinggi semula selepas penurunan pada Februari.

JUMAAT (19 April 2024):

Data Jualan Runcit UK (2.00 Petang) – Pasaran akan memerhatikan terbitan data jualan runcit UK pada penghujung minggu yang boleh mempengaruhi pergerakan mata wang Pound sebelum sesi dagangan minggu ini berakhir. Angka yang diramal meningkat boleh menyokong Pound untuk bergerak positif dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat