7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (15-19 Mac 2021)

816

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Ekonomi China (Isnin 10.00 Pagi): Tumpuan di awal minggu adalah pada penerbitan beberapa data ekonomi China khususnya data pengeluaran perindustrian dan jualan runcit. Jangkaan data terbaru untuk meningkat bakal memberi petunjuk terhadap sentimen ekonomi global berikutan China merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia.

Data Jualan Runcit AS (Selasa 8.30 Malam): Kadar jualan runcit di Amerika Syarikat dijangka susut pada Februari. Pemulihan pada angka bacaan dijangkakan selepas bantuan ekonomi mula disalurkan kepada rakyat.

Data Inflasi Kanada (Rabu 8.30 Malam): Indeks harga pengguna Kanada pada Januari telah catatkan kenaikan 0.6%, tertinggi untuk 7 bulan. Kadar inflasi dilihat bakal paparkan trend menaik pada angka bacaan dengan bacaan terbaru untuk Februari dijangka terus meningkat.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Federal Reserve (Fed) bakal mengadakan mesyuarat polisi monetari terbaru dengan pasaran menjangkakan kenyataan bernada dovish disampaikan. Pelabur menantikan petunjuk terhadap unjuran ekonomi AS dan sebarang isyarat bagi perubahan kadar faedah.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Malam): Laporan pekerjaan Australia yang menjadi antara data tumpuan bank pusat akan memacu dagangan dolar Aussie pada minggu ini. Pertambahan pekerjaan dijangka masih positif sementara kadar pengangguran diramalkan sedikit menurun.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 8.00 Malam): Mata wang Pound Sterling pada minggu ini bakal dipacu oleh keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE). Kadar faedah dijangka akan terus dikekalkan, namun isyarat polisi serta spekulasi kadar faedah negatif akan pelabur nantikan daripada kenyataan bank pusat.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Jumaat): Sesi Asia pada penghujung minggu akan dihiasi oleh keputusan mesyuarat Bank of Japan (BOJ). Walaupun kadar faedah tetap dijangka terus kekal, namun kenyataan terbaru bank pusat untuk pelonggaran lebih lanjut polisi dan kemungkinan untuk pelaksanaan penurunan kadar akan menjadi isyarat terbaru buat pelabur bagi dagangan Yen.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat