7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (19-23 April 2021)

888

Berikut merupakah sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Pertumbuhan gaji masih baik di UK apabila laporan data untuk Januari diterbitkan pada 4.8% dan jangkaan untuk Februari sedikit susut kepada 4.7%. Tuntutan pengangguran melonjak 86,600 pada Februari dan dijangka menurun sekitar 24,500 untuk Mac.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Dengan arahan sekatan pergerakan yang semakin dilonggarkan di UK, kadar inflasi dijangkakan meningkat lebih tinggi. Jangkaan inflasi untuk meningkat kepada 0.8% untuk bulan Mac daripada 0.4% sebelumnya.

Mesyuarat Polisi Monetari Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Malam): Tumpuan akan terarah pada mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) pada Rabu dengan jangkaan kadar faedah masih dikekalkan di paras 0.25%. Pemulihan ekonomi yang baik di Kanada menjangkan BOC untuk mengurangkan pembelian bon kerajaan. Jika berlaku, Kanada menjadi negara G-7 pertama melaksanakan pengetatan polisi sejak pandemik.

Mesyuarat Polisi Monetari Bank Pusat Eropah (Khamis 7.45 Malam): European Central Bank (ECB) dijangka mengekalkan polisi semasa dan pelabur akan memberi perhatian terhadap kenyataan susulan bank pusat berkenaan inflasi dan program kecemasan pandemik.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Eropah (Jumaat 4.00 Petang): Sesi Eropah di penghujung minggu akan menyaksikan bacaan data sektor pembuatan dan perkhidmatan bermula di Perancis, Jerman sebelum menyusul bacaan untuk zon Eropah. Angka yang meningkat akan memberi petunjuk kesihatan ekonomi yang masih baik dan akan menyokong pergerakan mata wang Euro dalam pasaran.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Jumaat 4.30 Petang): Seterusnya akan menyusul pula bacaan data sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK. Bacaan kekal baik selepas angka melonjak di atas paras 50.0 sejak Jun 2020.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan US (Jumaat 9.45 Malam): Dan pada sesi New York pula, bacaan data perkhidmatan dan pembuatan di Amerika Syarikat akan menjadi tumpuan sebelum dagangan minggu ini berakhir. Sektor ekonomi AS dijangka akan terus pamerkan bacaan yang positif sementara program bantuan ekonomi di AS terus dipantau pelabur.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat