7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (1-4 September 2020)

808

Berikut merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Bakal menjadi tumpuan utama pasaran minggu ini adalah keputusan mesyuarat dasar monetari Reserve Bank of Australia (RBA). Kadar faedah dijangka akan terus dikekalkan di paras terendah 0.25% sejak diturunkan pada Mac lalu. Kenyataan susulan oleh gabenor akan mempengaruhi reaksi para pelabur terhadap matawang dolar Aussie.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Selasa 10.00 Malam): Walaupun berdepan gelombang penularan baru Covid-19, sektor pembuatan di Amerika Syarikat berjaya mengekalkan pengembangan yang positif untuk meningkat 4 bulan berturut-turut.

Data Pertumbuhan GDP Australia (Rabu 9.30 Pagi): Pertumbuhan ekonomi bagi suku tahun kedua Australia akan dinilai melalui bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dijangka terus lemah susulan penurunan pada bacaan suku sebelumnya. RBA turut akan menilai tahap kesihatan ekonomi untuk pelarasan polisi semasa.

Data Pekerjaan ADP NFP (Rabu 8.15 Malam): Pasaran menjangkakan pertumbuhan positif pekerjaan untuk sektor swasta dengan ramalan angka melebihi 1 juta untuk bulan Ogos berbanding 167,000 pada Julai. Bacaan data akan mempengaruhi reaksi pelabur menjelang laporan data NFP pada Jumaat.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Khamis 10.00 Malam): Sektor perkhidmatan kekal menunjukkan bacaan yang positif sejak Januari dengan sedikit penurunan pada bulan Mei dan Jun. Namun bacaan data kembali meningkat semula di atas paras 50 yang menunjukkan pengembangan sektor perkhidmatan di AS walaupun berdepan pandemik.

Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Pertambahan pekerjaan di AS untuk bulan Ogos dijangka meningkat di atas paras 1 juta walaupun sedikit rendah berbanding bulan Julai. Sementara, kadar pengangguran dijangka menurun di bawah paras 10%.

Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Pertambahan pekerjaan di Kanada berkemungkinan berdepan penurunan pada bulan Ogos kepada 262,000 selepas melonjak kepada 418,000 pada Julai. Kadar pengangguran di Kanada masih dibimbangi dengan bacaan dua digit.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat