7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (10-14 Ogos 2020)

1,248

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Penularan pandemik di UK dilihat kembali buruk selepas bandar-bandar utama bakal diarahkan dengan perintah berkurung termasuk bandar London. Sektor buruh di UK dijangka merosot pada Julai dengan penurunan pada indeks purata pendapatan serta kadar pengangguran diramalkan meningkat.

Sentimen Ekonomi Jerman Tinjauan ZEW (Selasa 5.00 Petang): Perkembangan ekonomi di Eropah juga menunjukkan kebimbangan dengan gelombang baru. Tinjauan dijangka mencatatkan penurunan pada angka bacaan, namun masih berada di atas paras 50 yang menunjukkan pengembangan ekonomi.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 10.00 Pagi): Sesi Asia pada Rabu bakal memberi tumpuan terhadap dagangan Kiwi berikutan keputusan mesyuarat polisi monetari oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang akan menggerakkan matawang New Zealand tersebut.

Data Pertumbuhan GDP UK (Rabu 2.00 Petang): Bacaan awal bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku tahun kedua diramalkan menjunam sehingga -20.5% dan akan memberi tekanan terhadap dagangan Pound Sterling.

Data Inflasi AS (Rabu 8.30 Malam): Indeks harga pengguna AS untuk bulan Julai bakal menyusut dengan peningkatan semula kes Covid-19 di negara ekonomi terbesar dunia itu. Pelabur bimbang bandar-bandar utama akan kembali ditutup jika penularan berterusan dan akan melumpuhkan ekonomi.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Malam): Setelah melihat lonjakan pada angka pertambahan pekerjaan di Australia pada Jun, ekonomi diramalkan angka yang lebih rendah pada Julai dengan peningkatan sekitar 30,000 berbanding 210,000 sebelumnya.

Data Jualan Runcit AS (Jumaat 8.30 Malam): Kadar jualan untuk bulan Julai bakal terkesan selepas gelombang Covid-19 kembali melanda Amerika Syarikat. Isyarat lebih awal akan diperolehi melalui data inflasi pada Rabu.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat