7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (13-17 Januari 2020)

733

Berikut merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pertumbuhan GDP UK (Isnin 5.30 Petang): Laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk November dijangka akan memberi pertunjuk pertumbuhan bagi suku keempat 2019. Bulan sebelumnya, pertumbuhan tidak berganjak di paras sifar selepas ekonomi UK berjaya keluar dari risiko kemelesetan pada suku ketiga. Ketidakpastian Brexit terus beri tekanan terhadap pertumbuhan.

Data Inflasi Amerika Syarikat (Selasa 9.30 Malam): Federal Reserve menyatakan kekecewaan sebelum ini terhadap tahap inflasi negara berikutan terkesan oleh fenomena global. Bacaan inflasi teras pada Disember dijangka kekal sekitar paras 2.3%. Bacaan bulanan pula diramal meningkat 0.2%.

Data Inflasi UK (Rabu 5.30 Petang): Penurunan pada harga tenaga dan faktor-faktor lain menyumbang kepada penurunan inflasi di UK pada bacaan November 2019. Bacaan pada Disember dijangka tidak berubah sementara bacaan teras kekal stabil di paras 1.7%.

Data Jualan Runcit AS (Khamis 9.30 Malam): Sektor pengguna menyumbang kepada 70% ekonomi Amerika. Pada November, data jualan meningkat 0.2% dan jualan teras kepada 0.1%. Bacaan pada Disember dijangka akan bertambah baik berikutan didorong oleh jualan Black Friday dan juga perbelanjaan sempena perayaan Krismas.

Data Pertumbuhan GDP China (Jumaat 10.00 Pagi): Ramai yang meragui data dari ekonomi kedua terbesar dunia ini kerana dipercayai lebih cenderung memihak kepada parti memerintah. Selepas pertumbuhan berkembang 6% pada suku ketiga, penganalisis ekonomi meramalkan peningkatan 6.1% kadar pertumbuhan pada suku terakhir 2019. Pengeluaran perindustrian turut dipantau.

Data Jualan Runcit UK (Jumaat 5.30 Petang): Selepas bacaan mengecewakan pada November 2019 dengan penurunan -0.6%, data jualan pada Disember 2019 dijangka akan kembali mencatatkan peningkatan kukuh kepada 0.8%.

Data Keyakinan Pengguna AS (Jumaat 11.00 Malam): Jangkaan awal oleh Universiti Michigan menunjukkan sentimen pengguna untuk tahun 2020 meningkat dari 99.3 kepada 99.4 mata, isyarat keyakinan yang kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat