7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (9-13 Mac 2020)

2,477

Berikut merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pengeluaran Perindustrian Jerman (Isnin 3.00 Petang): Setelah mencatatkan penurunan terbesar ke paras terendah sejak Januari 2009 untuk bacaan data Disember, pengeluaran perindustrian Jerman untuk bulan Januari dijangka kembali meningkat kepada 1.7%.

Data Pertumbuhan GDP UK (Rabu 5.30 Petang): Bagi bacaan bulanan GDP UK, pasaran menjangkakan data bagi bulan Januari sedikit menurun selepas lonjakan pada bulan Disember lalu.

Laporan Belanjawan Tahunan UK (Rabu 7.30 Petang): Menjadi tumpuan kepada Menteri Kewangan UK terbaru Rishi Sunak akan membentangkan belanjawan UK. Dengan risiko yang melanda disebabkan krisis Coronavirus, sebarang laporan yang negatif akan meningkatkan kebimbangan pelabur.

Data Inflasi Amerika Syarikat (Rabu 8.30 Malam): Bacaan inflasi Amerika Syarikat pada Februari akan dinilai oleh pelabur dan pasaran turut menjangkakan bakal berlaku penurunan pada bacaan data. Bacaan angka menurun akan meningkatkan lagi jangkaan untuk Fed menurunkan kadar faedah ke paras lebih rendah.

Mesyuarat Dasar Monetari Bank Pusat Eropah (Khamis 8.45 Malam): European Central Bank (ECB) masih lagi mengekalkan kadar faedah di paras sifar sejak 2016. Adakah tekanan oleh krisis Coronavirus yang menjejaskan ekonomi Eropah bakal melihatkan kadar faedah diturunkan di paras negative? Kenyataan dovish oleh bank pusat akan terus memberi tekanan terhadap dagangan dolar Euro.

Bacaan Akhir Inflasi Jerman (Jumaat 3.00 Petang): Menjadi ekonomi terbesar di zon Eropah, data ekonomi Jerman akan menjadi tumpuan pelabur. Bacaan akhir inflasi untuk bulan Februari dijangka akan kekal di paras 0.4%.

Data Sentimen Pengguna Amerika Syarikat (Jumaat 10.00 Malam): Bacaan awal bagi data keyakinan pengguna tinjauan University of Michigan untuk bulan Mac dijangka menurun setelah bacaan data melepasi paras 100 pada Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat