7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (9-13 November 2020)

1,154

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi China (Selasa 9.30 Pagi): Perkembangan ekonomi kedua terbesar dunia kekal menjadi tumpuan pasaran bagi memberi gambaran terhadap rantaian pasaran global. Indeks harga pengguna tahunan di China dijangka menurun pada bacaan bulan Oktober.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 3.00 Petang): Dengan peningkatan kes jangkitan di UK yang terbaru, pasaran akan menilai tahap kesihatan sektor pekerjaan di UK sama ada kekal stabil atau merosot.

Sentimen Ekonomi ZEW Jerman (Selasa 6.00 Petang): Data tinjauan ini akan mengukur kesihatan ekonomi Eropah dengan Jerman sebagai ekonomi terbesar akan menjadi tumpuan. Ramalan angka bacaan terbaru sedikit menurun setelah ditekan oleh faktor penularan pandemik.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 9.00 Pagi): Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) masih mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% walaupun sebelum ini terdapat jangkaan untuk bank pusat mempertimbangkan kadar faedah negatif. Kenyataan susulan gabenor berkenaan polisi monetari akan mempengaruhi pergerakan mata wang dolar New Zealand.

Data Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Khamis 3.00 Petang): Bacaan awal KDNK di UK untuk suku ketiga akan memberi impak terhadap pergerakan Pound Sterling. Pasaran menjangkakan bacaan akan meningkat semula selepas merosot 19.8% pada suku sebelumnya pada bacaan yang telah dikemaskini.

Data Inflasi AS (Khamis 9.30 Malam): Data perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat semakin menunjukkan trend penurunan sejak Ogos lalu dengan ekonomi dilihat masih bertahan berdepan serangan penularan pandemik yang agak teruk. Bacaan terbaru dijangka kekal pada 0.2% selepas bacaan sebelumnya turun ke paras tersebut dari 0.4%.

Data Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Eropah (Jumaat 6.00 Petang): Di penghujung sesi dagangan minggu ini akan tertumpu pada bacaan awal KDNK di Eropah untuk suku ketiga yang dijangka tidak menunjukkan perubahan ketara pada bacaan suku sebelum ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat