7 Bilionaire Kripto Terbaru 2021 Sertai Senarai Forbes 400

6,888

Dengan era teknologi yang semakin ke hadapan, dunia telah menyaksikan jutawan yang tumbuh selepas hujan dan yang menariknya ramai individu yang berjaya menjana kekayaan melalui dunia kripto.

Artikel ini akan berkongsikan 7 jutawan terbaru kripto yang telah menempa nama dan tersenarai dalam Forbes 400 dengan jumlah kekayaan terkumpul sekitar $55.1 bilion.

Separuh kekayaan tersebut, sekitar $22.5 bilion adalah milik seorang sahaja individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) platform pertukaran kripto, Sam Bankman-Fried yang berusia 29 tahun.

Dalam tempoh 2 tahun, Bank-man Fried berjaya membina platform dagangan terbesar yang terkemuka dengan memproses volume harian mencecah $13.8 bilion!

Pendatang baru dalam carta, CEO Coinbase Brian Armstrong dengan platform pertukarannya membuat kemunculan pada Julai dengan ‘direct listing’ terbesar dalam sejarah berjumlah $86 bilion.

Selain itu, kembar Winklevoss iaitu Cameron dan Tyler Winklevoss yang tidak asing lagi dalam dunia kripto merupakan pemilik kepada platform pertukaran kripto, Gemini yang dilihat sebagai pesaing Coinbase, turut mengukir nama dalam senarai carta.

Tidak ketinggalan untuk berada dalam kelompok terkaya kripto adalah pengasas bersama (Co-founder) Coinbase sebelum ini, Fred Ehrsam. Beliau sudah meninggalkan Coinbase pada tahun 2017, namun masih berada dalam ahli lembaga syarikat dengan mengetuai syarikat pelaburan kripto, Paradigm.

Seterusnya, Co-founder Ripple sebelum ini, Jed McCaleb yang merupakan Co-founder dan juga Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Stellar turut berada dalam kelompok golongan tersebut.

Mereka telah menyertai jejak seorang lagi Co-founder Ripple iaitu Chris Larsen yang telah pun membuat kemunculan dalam penyenaraian tersebut pada tahun lalu dengan nilai kekayaan $2.7 bilion. Nilai kekayaan semasa beliau pada tahun ini dianggarkan telah meningkat kepada $6 bilion.

Senarai individu yang berjaya menjana kekayaan dalam kripto ini dijangka akan terus bertambah dalam tempoh yang singkat selepas perdagangan dan pelaburan kripto mula menjadi fenomena dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Berikut adalah senarai ringkas individu terkaya kripto pada tahun 2021 yang tersenarai dalam Forbes 400 tersebut mengikut urutan nilai kekayaan setakat 2021.

 

Sam Bankman-Fried – Pengasas FTX

Nilai Kekayaan: $22.5 Bilion

 

Brian Armstrong – Pengasas Coinbase

Nilai Kekayaan: $11.5 Bilion

 

Chris Larsen – Pengasas Bersama dan Pengerusi Ripple

Nilai Kekayaan: $6 Bilion

 

Cameron & Tyler Winklevoss – Pengasas Gemini

Nilai Kekayaan: $4.3 Bilion (setiap seorang)

 

Fred Ehrsam – Pengasas Bersama Paradigm

Nilai Kekayaan: $3.5 Bilion

 

Jed McCaleb – Pengasas Bersama Stellar

Nilai Kekayaan: $3 Bilion

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat