7 Tips Terbaik Pengurusan Risiko dalam Trading

5,442

Trading bukan sahaja anda perlu fahami fundamental dan teknikal analisis semata-mata. Antara perkara lain yang perlu dikuasai adalah pengurusan risiko yang mantap. Artikel ini akan berkongsikan beberapa tips untuk pengurusan risiko dalam trading buat anda.

#1 Kira peratusan risiko setiap posisi sebelum masuk pasaran

Sebelum sebarang entry, trader wajib mengetahui berapa peratusan risiko yang diambil untuk setiap posisi trade bertujuan mengawal risiko untuk modal akaun trading.

Ini sangat penting untuk pengawalan risiko dalam trading anda di samping membentuk sistem dagangan yang lebih teratur.

#2 Elakkan trade terlalu agresif

Situasi bagi trader yang baru kebiasaannya akan membuka posisi dengan banyak dalam satu masa. Hal ini sebaliknya menambahkan lagi risiko terhadap trading anda.

Jika beberapa siri kerugian sahaja boleh meleburkan akaun trading anda, bermakna risiko adalah terlalu tinggi dan perlu dikaji semula.

#3 Jadi lebih realistik

Kesilapan seseorang trader adalah menganggap jika trade dengan lebih agresif akan memberi pulangan lebih cepat dan berganda.

Sebaliknya akan memberi lebih banyak tekanan buat anda. Namun bakal memberikan satu pengalaman berharga untuk pengajaran anda buat masa hadapan.

#4 Berani akui kesilapan

Jika harga bergerak berlawanan dengan entry posisi anda berkemungkinan atas faktor sentimen atau fundamental dan sebagainya, anda seharusnya berani untuk tutup kerugian anda.

Jangan ego jika jelas terdapat faktor yang menunjukkan analisis anda sudah tersilap. Keluar awal dari pasaran sebelum anda menanggung kerugian yang lebih banyak.

#5 Tahu di mana perlu keluar dari pasaran

Setiap posisi dagangan perlu ditetapkan lebih awal di mana perlu keluar sama ada dalam kerugian atau untung. Tetapkan paras stop loss yang sesuai untuk menutup kerugian pada posisi jika harga bergerak melawan arah.

#6 Jangan ada niat untuk balas dendam terhadap pasaran

Kebiasaannya trader akan beremosi apabila mengalami kerugian berterusan dan bertindak untuk membalas dendam bertujuan mendapatkan semula keuntungan bagi menutup kerugian sebelumnya.

Sebaliknya akan membuatkan trader hilang kawalan dalam trading dan sukar untuk trade dengan cara yang betul.

#7 Bersedia untuk sebarang situasi terburuk

Perlu diingatkan forex trading adalah berisiko dan setiap trader perlu betul-betul bersedia dari segi ilmu pengetahuan, emosi dan psikologi yang mantap untuk berdepan bermacam-macam situasi yang tidak terjangka sepanjang perjalanan trading.

Team Intraday berharap semoga semua trader akan berjaya dalam dunia trading ini dan sentiasa belajar untuk terus maju bergerak ke hadapan.

Bagi yang baru hendak bermula dengan trading, anda boleh mendapatkan buku panduan lengkap mula trade forex dari Intraday.my. (KLIK SINI)

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat