750 Juta USDT Ditukar Kripto Ini! Kenapa Tether Bertindak Sebegitu?

308

“Bertenang semua, proses tu takkan beri kesan kepada bekalan USDT.”

Demi menukar 750 juta USDT daripada Tron (TRX) kepada Ethereum (ETH) ERC2, Tether bakal menyelaraskan pertukaran pihak ketiga untuk menjalankan pertukaran rantaian tanpa mengubah jumlah bekalan USDT.

Proses pertukaran rantaian tersebut memerlukan pemindahan kripto daripada blockchain ke blockchain lain, di mana pedagang boleh mendapatkan akses kepada pelbagai blockchain yang menyokong aset digital mereka.

Menurut Paolo Ardoino, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Tether berkata langkah itu dilaksanakan selepas ia mengeluarkan minting baru USDT bernilai $1 bilion pada blockchain ETH seterusnya mint berbilion dolar terkini adalah sebahagian daripada penambahan semula inventori syarikat di ETH Network.

Selain digunakan secara meluas untuk menjalankan perdagangan di bursa kripto, USDT turut meningkatkan penguasaannya dengan ketara apabila pelabur melarikan diri ke stablecoin itu berbanding aset digital lain selepas krisis perbankan tercetus.

Suka dimaklumkan bahawa salah satu faktor yang menyebabkan peredaran USDT cecah lebih $83 bilion pada minggu ini adalah susulan daripada saingannya iaitu dolar TrueUSD (TUSD).

Malah, keyakinan pelabur yang semakin berkurangan terhadap stablecoin USDC diasaskan oleh Circle turut menjadi sebab pemain pasaran kripto mula beralih ke USDT.

Pada bulan lalu, Tether bukan sahaja mengumumkan akan mengembangkan perkhidmatannya di Georgia melalui pelaburan dalam syarikat pemprosesan pembayaran digelar CityPay.io bahkan ingin lancarkan operasi mining Bitcoin (BTC) di Uruguay.

Sehingga berita ini ditulis, harga USDT menjunam sebanyak 0.01% pada paras $0.99 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $83 bilion seterusnya merekodkan penurunan 0.04% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat