8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (1-5 November 2021)

1,153

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Isnin 10.00 Malam): Menjadi tumpuan bagi menilai kesihatan semasa ekonomi Amerika Syarikat, data tinjauan bagi sektor pembuatan ini akan memberi petunjuk berdasarkan angka bacaan terbaru. Walaupun dijangka sedikit susut berbanding bacaan sebelum ini, namun angka terbaru diramalkan masih berada di paras yang stabil.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Reserve Bank of Australia (RBA) masih dijangka untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.10%. Pelabur masih meneliti petunjuk bagi dasar monetari polisi bank pusat selepas data inflasi Australia yang diterbitkan minggu lalu mencatatkan bacaan yang baik.

Laporan Data ADP NFP AS (Rabu 8.15 Malam): Menjadi petunjuk awal sebelum laporan pekerjaan NFP diterbitkan pada Jumaat, pelabur akan meneliti laporan data pekerjaan bagi sektor swasta di Amerika Syarikat. Pertambahan bagi bulan Oktober diunjur sedikit susut selepas kenaikan pada September.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Rabu 10.00 Malam): Tiada perubahan ketara dijangkakan pada tinjauan sektor perkhidmatan AS dengan penilaian yang masih baik menerusai angka bacaan tinjauan walaupun ekonomi AS turut berdepan pelbagai tekanan menuju ke penghujung tahun 2021.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Antara acara tumpuan utama pada minggu ini, pelabur akan mengetahui keputusan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) berkenaan pengetatan polisi yang direncanakan sebelum ini. Dengan data ekonomi semasa, adakah Jerome Powell akan melaksanakan pengurangan pembelian bon (tapering) pada mesyuarat kali ini?

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 8.00 Malam): Kadar faedah masih dijangka akan dikekalkan, namun pelabur menantikan isyarat lebih jelas untuk pengetatan polisi oleh Bank of England (BOE) yang akan mempengaruhi pergerakan mata wang Pound.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Pergerakan dolar Kanada pada penghujung minggu akan dipacu oleh terbitan laporan data pekerjaan Kanada untuk bulan Oktober selepas lonjakan angka bacaan pada pertambahan di bulan September.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Pasaran berkemungkinan menyaksikan pengukuhan US dolar pada penutup dagangan minggu ini ekoran jangkaan positif pada komponen laporan pekerjaan NFP AS untuk bulan Oktober. Pertambahan pekerjaan dijangka meningkat hampir kepada 400,000 dan kadar pengangguran diramalkan susut daripada 4.8% kepada 4.7%.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat