8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (15-19 Ogos 2022)

623

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Mata wang Pound pada minggu ini dijangka akan ditekan dengan jangkaan penurunan pada laporan data pekerjaan UK untuk bulan Jun. Bacaan keseluruhan data yang merosot akan membantutkan rancangan bank pusat England (BOE) untuk pengetatan dasar monetari.

Sentimen Ekonomi Jerman Tinjauan ZEW (Selasa 5.00 Petang): Tinjauan ekonomi di Eropah dijangka masih belum menunjukkan sinar dengan beberapa faktor masih menghimpit ekonomi. Unjuran untuk data tinjauan terbaru masih berada di paras penguncupan.

Data Inflasi Kanada (Selasa 8.30 Malam): Bacaan data indeks harga pengguna Kanada akan dipantau oleh bank pusat Kanada untuk penetapan dasar monetari selanjutnya selepas pasaran menyaksikan kenaikan kadar agresif sehingga 100 mata asas oleh Bank of Canada (BOC) sebelum ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 10.00 Pagi): Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dijangka untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 3.00%, mengekalkan langkah kenaikan kadar faedah berterusan sejak Ogos tahun lalu.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Dalam langkah meneruskan kenaikan kadar faedah, Bank of England (BOE) dilihat akan menilai bacaan data inflasi UK yang terbaru. Bacaan inflasi tahunan yang diramalkan meningkat, akan mendorong bank pusat meningkatkan kadar faedah dan memberi impak terhadap pergerakan Pound dalam pasaran.

Data Jualan Runcit AS (Rabu 8.30 Malam): Kadar jualan di Amerika Syarikat untuk bulan Julai diramalkan merosot, menyusuli penurunan kadar inflasi dari paras tertinggi 40 tahun seperti bacaan yang diterbitkan minggu lalu.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Pasaran akan meneliti butiran lanjut mesyuarat FOMC yang terbaru selepas kenaikan kadar faedah 75 mata asas dilaksanakan untuk 2 mesyuarat berturut-turut oleh Federal Reserve (Fed). Pelabur ingin melihat sebarang petunjuk awal untuk penetapan dasar untuk mesyuarat September berdasarkan minit yang diterbitkan.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Selepas peningkatan pada bacaan data bulan Jun, pertambahan pekerjaan di Australia pada Julai dijangka akan lebih perlahan. Sementara, kadar pengangguran pula diramal kekal di paras 3.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat