8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (4-8 Mac 2024)

947

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (5 Mac 2024):

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (11.00 Malam) – Selepas tinjauan sektor pembuatan beri kejutan pada penutup dagangan minggu lalu, minggu ini bacaan untuk tinjauan sektor perkhidmatan di Amerika pula akan diperhatikan. Angka yang kekal di atas paras 50.0 mata menunjukkan sektor yang masih berkembang dengan baik untuk bulan Februari.

RABU (6 Mac 2024):

Data KDNK Australia (8.30 Pagi) – Pertumbuhan ekonomi Australia akan dipantau oleh bank pusat dalam melanjutkan penetapan dasar monetari. Bacaan pertumbuhan suku keempat 2023 diramalkan sedikit meningkat.

Data Pekerjaan ADP AS (9.15 Malam) – Jangkaan peningkatan untuk pekerjaan swasta di Amerika pada bulan Februari boleh menyokong pengukuhan kepada US dolar. Angka yang meningkat juga memberi isyarat awal untuk kemungkinan peningkatan turut akan berlaku pada bacaan NFP yang terbaru.

Mesyuarat Polisi BOC (10.45 Malam) – Bank pusat Kanada dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 5.00% untuk mesyuarat polisi terbaru minggu ini. Nada ucapan yang akan disampaikan oleh gabenor bakal memacu arah pergerakan dolar Kanada.

Data Pekerjaan JOLTS AS (11.00 Malam) – Pasaran akan menilai jumlah tawaran pekerjaan yang dibuka di Amerika pada bulan Februari lalu yang akan memberi gambaran semasa terhadap kesihatan sektor buruh.

KHAMIS (7 Mac 2024):

Mesyuarat Polisi ECB (9.15 Malam) – Seperti bank pusat lain, European Central Bank juga diramalkan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras sebelum ini iaitu 4.50%. Pelabur nantikan petunjuk lebih jelas daripada perkataan yang dilontarkan oleh Presiden Christine Lagarde.

JUMAAT (8 Mac 2024):

Data Pekerjaan Kanada (9.30 Malam) – Data yang menjadi indikator penting kepada bank pusat Kanada ini akan diteliti selepas mesyuarat polisi berlangsung. Ramalan adalah sedikit suram di mana pertambahan pekerjaan pada Februari perlahan dan kadar pengangguran dijangka meningkat.

Data Pekerjaan NFP AS (9.30 Malam) – Bakal menggegarkan pasaran pada penutup minggu ini, laporan pekerjaan NFP Amerika untuk bulan Februari akan membuatkan pelabur teruja dalam mendapatkan lagi petunjuk terbaru terhadap dasar monetari Federal Reserve. Ramalan bagi komponen-komponen data untuk Februari adalah sedikit suram.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat