8 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (14-18 September 2020)

1,385

Berikut merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia (Selasa 9.30 Pagi): Pasaran akan meneliti butiran mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada awal September ini pada minit yang akan diterbitkan. RBA telah mengekalkan kadar faedah serta pelonggaran polisi bakal dilanjutkan dalam berdepan krisis pandemik yang masih mengancam ekonomi.

Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Dengan gelombang terbaru pandemik yang kembali menggugat pemulihan ekonomi di UK, sektor buruh diramalkan merosot dengan jangkaan kadar pengangguran akan meningkat.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Bacaan kadar inflasi tahunan UK bakal menurun dengan ketidakstabilan ekonomi yang bergelut untuk tahun ini.

Data Jualan Runcit AS (Rabu 8.30 Malam): Dengan jangkaan aktiviti perbelanjaan pengguna masih lagi perlahan di Amerika Syarikat akibat peningkatan kes Covid-19, kadar jualan runcit untuk bulan Ogos bakal menurun.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Mesyuarat polisi bank pusat Amerika Syarikat akan menjadi acara tumpuan pada minggu ini yang akan mempengaruhi pergerakan matawang US dolar. Pelabur akan memberi perhatian terhadap unjuran polisi oleh Federal Reserve (Fed) berdasarkan keadaan ekonomi semasa.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Selain terpalit dengan krisis hubungan bersama China, Australia kini berdepan situasi kemelesetan berikutan penguncupan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini. Ekonomi dijangka akan kehilangan pekerjaan yang tinggi serta pengangguran juga bakal meningkat.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Khamis, Sesi Asia): Selepas pengumuman pengunduran Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe baru-baru ini atas faktor kesihatan, tumpuan terbaru di Jepun adalah terhadap mesyuarat polisi monetari Bank of Japan.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 7.00 Malam): Bank of England (BOE) telah mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.10% setelah diturunkan sejak Mac lalu. Ahli jawatakuasa dijangka akan terus mengundi untuk mengekalkan kadar secara majoriti dan unjuran polisi akan terus diteliti.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat