8 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (2-6 Mac 2020)

1,139

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan ISM A.S (Isnin 11.00 Malam): Data PMI pembuatan tinjauan ISM di Amerika Syarikat pada bulan Februari turut dijangka berada di atas paras 50.0 yang menunjukkan pengembangan seperti peningkatan pada Januari lalu selepas mencatatkan penguncupan untuk 5 bulan berturut-turut sebelumnya.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Ekoran tekanan oleh risiko Coronavirus, mesyuarat dasar monetari kali kedua tahun ini bagi Reserve Bank of Australia (RBA) dijangkakan berlaku penurunan pada penetapan kadar faedah. Kadar faedah dijangka akan diturunkan ke paras 0.50% dari 0.75% sebelum ini, merekodkan paras terendah terbaru kadar yang pernah ditetapkan oleh bank pusat.

Data Pertumbuhan GDP Australia (Rabu 8.30 Pagi): Menjadi antara data utama tumpuan bank pusat, pasaran menjangkakan pertumbuhan GDP di Australia bagi suku terakhir 2019 kekal di paras 0.4% seperti penurunan pada suku sebelumnya.

Data Pekerjaan ADP NFP A.S (Rabu 9.15 Malam): Laporan data pekerjaan bagi sektor swasta di Amerika Syarikat untuk bulan Februari dijangka akan mencatatkan peningkatan lebih rendah selepas lonjakan pada bacaan Januari lalu. Bacaan data akan memberi isyarat awal bagi laporan data pekerjaan A.S pada Jumaat.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 11.00 Malam): Bank of Canada (BOC) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% tidak berubah seperti yang telah ditetapkan sejak Oktober 2018 yang lalu. Nada kenyataan oleh bank pusat akan mempengaruhi dagangan bagi matawang dolar Kanada dalam pasaran.

Data Imbangan Dagangan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Data bagi bulan Januari ini akan diteliti oleh pasaran untuk menilai perbezaan kadar import dan eksport ekonomi Australia. Dijangka bacaan data bakal menurun terkesan oleh kemerosotan pada ekonomi China yang menjadi rakan dagang terbesar Australia.

Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Pasaran buruh di Kanada dinilai kukuh dengan ekonomi berjaya mencipta peluang pekerjaan lebih 34,000 pada Januari lalu. Kadar pengangguran juga mencatatkan penurunan kepada 5.5%.

Data Pekerjaan NFP Amerika Syarikat (Jumaat 9.30 Malam): Dikeluarkan bersama data pekerjaan Kanada, laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat menjadi tumpuan utama pasaran setiap awal bulan. Jangkaan pertambahan pekerjaan bagi bulan Februari sedikit menurun namun purata gaji per jam dijangka meningkat. Manakala kadar pengangguran dijangka menurun. Bacaan data yang memberangsangkan bakal menyokong kembali matawang US dolar yang diniagakan lemah dalam pasaran.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat