8 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (28 Okt – 1 Nov 2019)

818

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Keyakinan Pengguna Amerika Syarikat (Selasa 10.00 Malam): Petunjuk terhadap keyakinan ekonomi oleh Conference Board telah menurun dari paras tertinggi namun masih dilihat stabil. Data untuk Oktober dijangka kembali meningkat selepas bacaan data mengecewakan pada September lalu.

Data Inflasi Australia (Rabu 8.30 Pagi): Bacaan indeks harga pengguna untuk suku ketiga tahun ini di Australia dijangka mencatatkan peningkatan kepada 0.5% sedikit rendah berbanding bacaan suku kedua pada 0.6%.

Data Pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat (Rabu 8.15 Malam): Laporan pekerjaan untuk sektor swasta di AS dijangka meningkat kepada 125,000 pekerjaan pada Oktober lebih rendah pada pertambahan bulan sebelumnya pada 135,000. Bacaan data ini bakal mempengaruhi data NFP pada Jumaat.

Data Pertumbuhan GDP AS (Rabu 8.30 Malam):  Bacaan data pertumbuhan GDP pada suku ketiga bakal menurun kepada 1.6% berbanding bacaan 2% yang terdahulu. Pelabur akan memberikan tumpuan terhadap komponen yang berbeza. Pengguna menjadi faktor yang mempengaruhi pertumbuhan, sementara pelaburan dan perkilangan memberi tekanan terhadap ekonomi.

Mesyuarat Dasar Monetari Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Malam): Bank of Canada (BOC) masih kekal optimis untuk jangka waktu yang agak lama sementara bank pusat dunia yang lain sedang menurunkan kadar atau berhasrat ke arah itu. BOC dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras 1.75% dan kekal neutral untuk tindakan lanjut, berpotensi mengukuhkan dagangan Loonie.

Mesyuarat FOMC Federal Reserve (Khamis 2.00 Pagi): Fed dijangka menurunkan kadar faedah untuk kali ketiga berturut-turut untuk mesyuarat kali ini. Walaupun optimis berhubung perkembangan perang dagang dan faktor inflasi, bank pusat kekal berwaspada terhadap ketidaktentuan dalam pasaran serta ketidakstabilan pasaran pekerjaan.

Mesyuarat Dasar Monetari Bank Pusat Jepun (Khamis): Bank of Japan (BOJ) mempertimbangkan tindakan penurunan kadar bersama bank pusat utama yang lain yang sedang dalam fasa pelonggaran polisi. Namun, kadar -0.10% telah membebankan bank pusat untuk mendorong kenaikan lebih tinggi kadar inflasi. Gabenor Haruhiko Kuroda dan ahli jawatankuasa yang lain berkemungkinan masih mengekalkan kadar sedia ada.

Data Pekerjaan NFP Amerika Syarikat (Jumaat 8.30 Malam): Pelabur lebih berwaspada, laporan pekerjaan NFP dijangka akan memaparkan bacaan yang lemah, lebih rendah daripada 100,000 pertambahan untuk Oktober. Namun, kadar purata pendapatan dijangka meningkat kepada 0.3% selepas mendatar pada September lalu. Kadar pengangguran di AS juga akan turut diberi tumpuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat