8 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (8-12 Julai 2019)

1,798

Berikut merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pengeluaran Perindustrian Jerman (Isnin 2.00 Petang): Pasaran menjangkakan bacaan data untuk bulan Mei bakal meningkat setelah kejatuhan pada bacaan bulan sebelumnya. Namun, data PMI perkilangan zon Eropah yang masih lemah bakal memberi kesan terhadap pengeluaran.

Data Pertumbuhan GDP UK (Rabu 4.30 Petang): Pertumbuhan ekonomi di United Kingdom semakin perlahan terutama pada suku kedua tahun lalu dan juga suku keempat. Pasaran menjangkakan bacaan untuk suku tahun pertama 2019 akan kembali meningkat.

Data Pengeluaran Kilang di UK (Rabu 4.30 petang): Bacaan data bakal menurun ekoran tinjauan PMI perkilangan di UK yang dikeluarkan pada awal minggu lalu telah merekodkan kejatuhan ke paras terendah sejak 2013 yang lalu.

Penetapan Kadar Faedah Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Malam): Bank of Canada (BOC) pada mesyuarat polisi yang lalu masih lagi mengekalkan kadar faedah pada kadar 1.75% dan angka tersebut kekal sejak Disember 2008. Jangkaan mesyuarat polisi untuk Julai masih lagi kekal sama dengan kenyataan penggubal polisi yang melihat polisi sedia ada masih bersesuaian menyokong pertumbuhan di Kanada. Ahli mesyuarat akan terus memantau perkembangan perbelanjaan isi rumah, pasaran minyak dan juga persekitaran dagangan global.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Pelabur akan meneliti minit mesyuarat FOMC pada Jun yang mengekalkan kadar faedah pada 2.50% namun menggugurkan kenyataan untuk ‘bersabar’ sebaliknya memberi isyarat terhadap penurunan kadar pada mesyuarat akan datang.

Data Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat (Khamis 8.30 Malam): Untuk beberapa bulan kebelakangan, bacaan data menurun memberi isyarat terhadap penurunan kadar inflasi. Bacaan data untuk kali ini dijangka menurun daripada 0.1% kepada 0.0% sementara bacaan teras dijangka meningkat dari 0.1% kepada 0.2%.

Tinjauan PMI Perkilangan New Zealand (Jumaat 6.30 Pagi): Data dijangka lemah ekoran dipengaruhi oleh sentimen keyakinan pengguna New Zealand yang ketara merosot pada bacaan tinjauan yang dikeluarkan pada minggu lalu.

Data Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat (Jumaat 8.30 Malam): Pasaran menjangkakan bacaan data akan kekal pada kadar 0.1% untuk bulan Jun. Namun harga import Amerika Syarikat yang menurun akan turut mempengaruhi bacaan data kali ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat