9 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (31 Oktober – 4 November 2022)

481

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Selepas kenaikan kadar faedah yang lebih rendah berbanding jangkaan pada mesyuarat lalu, pasaran menjangkakan Reserve Bank of Australia (RBA) pada mesyuarat terbaru minggu ini akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas. Sebarang kenyataan bernada dovish oleh bank pusat akan mendorong penyusutan nilai bagi dolar Australia.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Selasa 10.00 Malam): Pelabur menilai pemulihan pada Amerika Syarikat (AS) pada terbitan data pertumbuhan ekonomi suku ketiga yang diterbitkan minggu lalu. Tinjauan terhadap sektor pembuatan akan diberi perhatian minggu ini.

Laporan Pekerjaan New Zealand (Rabu 5.45 Pagi): Menjadi tumpuan bank pusat untuk penetapan dasar monetari selanjutnya, data pekerjaan New Zealand akan diteliti dengan jangkaan pertambahan pekerjaan untuk suku ketiga. Angka bacaan diramalkan meningkat sementara kadar pengangguran pula dijangka catat penurunan.

Laporan Data Pekerjaan ADP AS (Rabu 8.15 Malam): Mengukur sektor pekerjaan swasta di AS, pertambahan untuk bulan Oktober dijangkakan tidak menunjukkan perubahan yang ketara pada angka bacaan. Namun, akan dihadam pasaran untuk petunjuk bagi laporan NFP di penghujung minggu.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Pasaran kekal menjangkakan Federal Reserve (Fed) untuk meneruskan pengetatan dasar yang agresif dengan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas akan dilaksanakan untuk mesyuarat polisi kali keempat berturut-turut.

Mesyuarat Bank Pusat England (Khamis 8.30 Malam): Selepas perkembangan politik di UK dipantau pelabur beberapa minggu ini dengan babak akhir menyaksikan Rishi Sunak menggalas jawatan Perdana Menteri, tumpuan akan kembali terarah kepada bank pusat pada minggu ini. Bank of England (BOE) kekal dijangkakan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas ke paras 3.00%.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Khamis 10.00 Malam): Ramalan terhadap data tinjauan untuk sektor bukan-pembuatan di Amerika masih di atas paras yang stabil, namun dijangkakan terdapat sedikit penurunan pada bacaan angka terbaru.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Sektor buruh di Kanada akan memberi penilaian terhadap pelabur untuk jangkaan penetapan dasar selanjutnya oleh bank pusat selepas Bank of Canada (BOC) sebelum ini dilihat telah mula memperlahankan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi minggu lalu.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Menjadi acara kemuncak untuk penutup dagangan minggu ini, pasaran akan meneliti terbitan data pekerjaan NFP untuk menilai sektor buruh di Amerika pada bulan Oktober. Angka ramalan lebih suram dengan pertambahan pekerjaan lebih rendah manakala kadar pengangguran dijangka sedikit meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat