9 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (26-30 Oktober 2020)

1,061

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Iklim Perniagaan Jerman Tinjauan ifo (Isnin 5.00 Petang): Tinjauan perniagaan di Jerman telah menunjukkan peningkatan 5 bulan berturut-turut sebelum ini walaupun masih berdepan risiko penularan jangkitan virus di ekonomi terbesar Eropah itu. Bacaan tinjauan untuk Oktober dijangka kekal stabil.

Data Keyakinan Pengguna AS (Selasa 10.00 Malam): Tinjauan terhadap kewangan pengguna berdasarkan perbelanjaan serta aktiviti ekonomi akan memberikan isyarat terhadap kesihatan semasa ekonomi Amerika Syarikat.

Data Inflasi Australia (Rabu 8.30 Pagi): Laporan indeks harga pengguna di Australia untuk suku kedua telah mencatatkan penurunan sehingga 1.9%, penurunan pertama sejak 2016. Namun untuk bacaan inflasi suku ketiga dijangka akan kembali melonjak semula ke paras 1.5%.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Malam): Bank of Canada (BOC) masih dijangkakan untuk mengekal kadar faedah di paras terendah pada 0.25%. Namun, kenyataan susulan oleh bank pusat akan menjadi isyarat penting buat pelabur untuk dagangan dolar Kanada.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Khamis): Bacaan data ekonomi di Jepun semakin menunjukkan pemulihan selepas jawatan Perdana Menteri telah bertukar tangan. Bank pusat dijangka akan terus mengekalkan polisi longgar dengan kadar faedah di paras -0.10% dijangka tidak akan berubah.

Data Pertumbuhan KDNK AS (Khamis 8.30 Malam): Bacaan awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat untuk suku ketiga akan memberi isyarat penting buat pasaran. Bacaan meningkat dijangkakan berbanding suku sebelumnya.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Eropah (Khamis 8.45 Malam): Bank pusat dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras sifar sementara tumpuan akan terarah pada ucapan oleh Presiden Christine Lagarde. Sebarang perbincangan berkenaan kadar pertukaran Euro akan memberi kesan terhadap pergerakan matawang.

Data Inflasi Eropah (Jumaat 6.00 Petang): Penurunan pada kadar inflasi terus memberi kebimbangan bagi penggubal polisi. Indeks harga pengguna telah mencatatkan penurunan 2 bulan berturut dengan jangkaan penurunan turut berlaku pada Oktober.

Data Pertumbuhan KDNK Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Pada Julai, pertumbuhan GDP perlahan kepada 3.0%, menurun dari bacaan 6.5% bulan sebelumnya. Bacaan terbaru bagi bulan Ogos akan memacu arah pergerakan harga seterusnya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat