9 Buah Buku Pelaburan Yang Disarankan Oleh Warren Buffett

3,046

Siapa tak kenal Warren Buffett, salah satu orang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan mencapai US$ 78.6 billion juta.

Membaca adalah tabiat yang tidak pernah lepas oleh orang-orang berjaya. Berdasarkan perkongsian pengalaman beliau, Warren Buffett mengatakan bahawa kebanyakkan hasil kekayaan yang diperolehi oleh beliau adalah daripada tabiat beliau yang suka membaca buku.

Sejak memulakan perjalanan beliau dalam dunia pelaburan, setiap hari beliau akan membaca 600 sehingga 1000 halaman buku. Malah, Warren Buffet juga akan mengabiskan masa sebanyak 80 peratus untuk membaca di tempat kerja. Antara bahan bacaan beliau adalah seperti, jurnal, laporan, surat khabar dan juga buku-buku. Bahkan sehingga sekarang, beliau memperuntukkan masa yang banyak untuk membaca.

Bagi beliau, bukan mudah untuk menjadi seorang pelabur, ia memerlukan kita untuk menghubungkan lebih banyak fakta dan informasi kemudia mengaplikasikannya kepada tindakan.

Buku apakah yang dibaca oleh Warren Buffet? Berikut adalah sembilan buah buku pelaburan yang disarankan oleh Warren Buffet ;

1. “The Intelligent Investor ” karya lagenda Wall Street, Benjamin Graham.

Beliau mula membaca buku ini pada usia 19 tahun. Buku ini merupakan kejutan buatnya dan paling memberi pelajaran kepada beliau. Melalui buku ini beliau membentuk kerangka pelaburan.

Seperti yang dikatakan Warren Buffet,

“Untuk menjadi pelabur yang berjaya tidak memerlukan IQ tinggi, wawasan bisnes atau informasi yang kritikal,” kata Buffett.

“Apa yang diperlukan adalah sebuah kerangka kerja intelektual yang kuat untuk membuat keputusan dan kemampuan untuk mengendalikan emosi dari kerangka itu. Buku ini tepat dan jelas mengatur kerangka yang tepat. Anda harus pandai mengawal emosi,”

Buku ini terbit pertama kali pada tahun 1949 dan Buffet membaca pertama kali pada tahun 1950.

Graham cuba merintis dan mempopularkan falsafah value investing, yang membedah perbezaan antara harga saham dan nilai bisnes. Walaupun buku ini telah lama, ia tetap menjadi bacaan wajib bagi para pelabur.

2. “Security Analysis” juga karya dari Benjamin Graham.

Buffett mengatakan bahwa buku ini telah memberinya peta pelaburan dan sekarang ia telah jalani selama 57 tahun.

Jika di buku The Intelligent Investor, kita akan menemukan lebih banyak narasi dan cerita, namun buku ini lebih mendalam, kerana terdapat analisis-analisis yang lebih kukuh, termasuk perkiraan angka dan data-data yang cukup lengkap.

3. “Common Stocks and Uncommon Profits” karya Philip Fisher.

Philip Fisher merupaka seroang pakar dan penulis yang betul mengkhusus dalam pelaburan. Buffet memang minat betul dengan Fisher.

Buku itu menekankan satu perbahasan yang sangat penting, iaitu jangan terpengaruh sangat dengan laporan kewangan sahaja. Tetapi perlu untuk lihatdan ambil kira pengurusan syarikat tersebut.

4. “Business Adventures: Twelve Classic Tales from the World of Wall Street” karya John Brooks.

Buku ini Buffet cadangkan kepada Bill Gates bila ditanya tentang buku apakah yang menjadi kesukaan beliau. Selepas membaca Gates memberi komentar bahawa buku tersebut sangat penting untuk bangunkan bisnes yang gah.

Buku ini menceritakan perjalanan Brook dalam pasaran saham. Seperti sebuah travelog tetapi dengan data dan analisis yang cukup mendalam.

Lagi 5 buku lain yang disarankan Buffet ialah;

5.The Clash of the Cultures” karya John Bogle,

6.“The Outsiders” karya William Thorndike Jr.

7.Jack: Straight From The Gut” karya Jack Welch,

8. “The Essays of Warren Buffett” karya Warren Buffett dan

9.“Stress Test: Reflections on Financial Crises” karya Tim Geithner.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat