9 Juta Penduduk China Digesa Menjalankan Ujian Saringan COVID-19 Selepas 12 Kes Baru

347

Cukup dua bulan China mengisytiharkan negaranya bebas daripada penularan wabak COVID-19, hari ini muncul 12 kes baru yang keseluruhannya berpunca daripada sebuah hospital.

Rentetan daripada itu, pihak berkuasa kesihatan China mengumumkan akan menjalankan ujian saringan ke atas 9 juta penduduk bandar Qingdao selama 5 hari berturut-turut.

Pada Ahad, daerah Shandong melaporkan tiga kes jangkitan tidak bergejala yang bermula dari sebuah hospital yang menerima pesakit COVID-19 dari luar negara.

Ujian saringan yang dijalankan ke atas 277,000 penduduk Qingdao pada hari ini membawa kepada lagi 9 jangkitan baru.

Ini bermakna jumlah keseluruhan jangkitan adalah sebanyak 12 kes dengan 6 daripadanya adalah jangkitan tidak bergejala.

Rekod kes setakat ini merupakan kadar tertinggi sejak dua bulan yang lalu, di mana kes positif terakhir pada Ogos mencatatkan sebanyak empat pesakit dari Urumqi daerah Xinjiang.

Bagi mengelakkan penularan wabak pada skala yang lebih besar, Parti Komunis telah menghentikan sebarang aktiviti termasuk perjalanan dan perniagaan keseluruhan daerah itu sambil memantau pergerakan pelancong dan pengunjung ke bangunan awam bagi menjejaki tanda-tanda jangkitan.

Sehingga kini pihak kerajaan tidak memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai jangkitan wabak tersebut sama ada menerusi perjalanan atau perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat