Bitcoin terus berdepan tekanan apabila didagangkan sekitar $77,600, susulan aliran keluar dana daripada Bitcoin Spot ETF serta peningkatan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mungkin menaikkan kadar faedah.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin didagangkan pada $77,343 positif 0.05% sejak pembukaan sesi Asia pada Khamis.
Ketegangan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran turut mendorong harga minyak lebih tinggi, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap inflasi dan memberi tekanan kepada aset berisiko seperti Bitcoin.
Aliran Keluar ETF Beri Tekanan Kepada BTC
Data SoSoValue menunjukkan Bitcoin Spot ETF mencatatkan aliran keluar sebanyak $236.46 juta pada Selasa.
Aliran keluar ini menunjukkan permintaan institusi terhadap Bitcoin mula menunjukkan tanda-tanda berhati-hati.
Sekiranya pengeluaran dana berterusan dan semakin besar, Bitcoin berpotensi melanjutkan pembetulan dalam jangka pendek.
Harga Minyak Naik, Jangkaan Kenaikan Kadar Fed Meningkat
Ketegangan geopolitik di Timur Tengah turut menjadi perhatian pasaran apabila harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) mencecah sekitar $90.78 setong.
Kenaikan harga minyak berpotensi meningkatkan tekanan inflasi dan menyukarkan Fed untuk melonggarkan dasar monetari.
Malah, pasaran kini meletakkan sekitar 70.2% kebarangkalian Fed menaikkan kadar faedah pada mesyuarat 15-16 September, meningkat daripada 41.43% pada minggu sebelumnya.
Dalam masa sama, hasil bon AS 10 tahun meningkat ke paras tertinggi sejak Januari 2025.
Hasil bon yang lebih tinggi boleh mengurangkan tarikan terhadap aset berisiko seperti Bitcoin, selain meningkatkan kos peluang memegang aset yang tidak memberikan hasil seperti BTC.
BTC Masih Belum Tunjukkan Isyarat Bear Market
Walaupun berdepan tekanan, penganalisis Bitunix, Dean Chen, melihat kelemahan Bitcoin ketika ini lebih kepada pembetulan yang didorong oleh kecairan pasaran, bukannya permulaan kerosakan struktur pasaran.
Menurut beliau, Bitcoin berpotensi pulih sekiranya kos modal mula menurun dan aliran dana ETF kembali stabil.
Dari sudut teknikal, BTC masih berada di atas EMA 50, 100 dan 200 hari, menunjukkan kecenderungan bullish jangka sederhana masih belum terbatal sepenuhnya.
Paras sokongan penting berada sekitar $72,367, $70,309 dan $69,238.
Jika tekanan jualan semakin kuat, BTC berpotensi menguji sokongan lebih rendah sekitar $66,500 dan $62,300.
Sebaliknya, $85,000 menjadi rintangan utama. Penutupan harian di atas paras tersebut berpotensi membuka ruang kepada Bitcoin untuk meneruskan kenaikan.
Buat masa ini, pergerakan BTC masih banyak bergantung kepada aliran ETF, hasil bon AS, hala tuju dasar Fed dan keadaan kecairan global.
INTRADAY OUTLOOK
Bitcoin dijangka kekal volatile dan tertekan selagi aliran keluar ETF berterusan serta jangkaan kenaikan kadar Fed semakin kukuh.
Paras $72,367 menjadi sokongan utama untuk diperhatikan, diikuti $70,309 dan $69,238.
Jika BTC gagal bertahan di atas zon tersebut, tekanan jualan berpotensi membawa harga ke sekitar $66,500, dengan sokongan seterusnya pada $62,300.
HUSTLE24HOUR kini dibuka!
Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.
👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM Â
HUSTLE24HOURÂ ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

























































