KJTS Group Berhad terus mendapat perhatian selepas anak syarikatnya di Thailand, KJTN Engineering Company Limited, menandatangani empat perjanjian selama 20 tahun dengan subsidiari Central Plaza Hotel Public Company Limited (Centel).
Perjanjian tersebut melibatkan kerja retrofit, operasi dan penyelenggaraan (O&M) serta bekalan chilled water untuk empat hotel di Thailand.
Kontrak 20 Tahun Bernilai RM48 Juta
Projek berkenaan memerlukan pelaburan retrofit sekitar RM11 juta yang akan ditanggung oleh KJTS, dengan kerja dijangka siap pada Februari 2027.
Selepas itu, tempoh O&M dan bekalan chilled water akan bermula pada Mac 2027 dan berlangsung sehingga Februari 2047.
Sepanjang tempoh 20 tahun, KJTS dijangka menerima fi tetap sekitar RM48 juta, bersamaan kira-kira RM2.4 juta setahun.
Jumlah tersebut tidak termasuk bayaran berubah-ubah yang akan diterima berdasarkan jumlah chilled water yang dibekalkan setiap bulan.
Hubungan Sedia Ada Buka Ruang Projek Baharu
Penganalisis melihat perjanjian ini sebagai perkembangan positif kerana ia menambah lagi asas pendapatan berulang KJTS untuk tempoh yang panjang.
Lebih menarik, Centel bukan pelanggan baharu bagi KJTS. KJTN sebelum ini telah melaksanakan tiga projek penyejukan untuk kumpulan tersebut.
Hubungan sedia ada ini berpotensi membuka ruang kepada lebih banyak projek pada masa akan datang, selain mengembangkan lagi kehadiran KJTS dalam sektor perkhidmatan tenaga di Thailand.
Berdasarkan andaian struktur pembiayaan 80% hutang dan 20% ekuiti serta bayaran variable chilled water sebanyak 0.14 sen/RTh, penganalisis menganggarkan projek ini berpotensi menghasilkan IRR dalam julat high-single-digit.
Sasaran Harga Dinaikkan Kepada RM1.60
Dari sudut kewangan, KJTS dilihat mempunyai ruang untuk mendapatkan pembiayaan projek tersebut.
Ini kerana gross gearing syarikat berada pada paras relatif rendah iaitu 0.23 kali setakat 30 Jun 2026.
Susulan projek baharu itu, anggaran keuntungan FY26F dan FY27F masing-masing dinaikkan sebanyak 2% dan 5%.
Penganalisis mengekalkan penarafan OUTPERFORM terhadap KJTS, namun menaikkan harga sasaran kepada RM1.60 daripada RM1.57.
HUSTLE24HOUR kini dibuka!
Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.
👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM Â
HUSTLE24HOURÂ ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.


























































