A.S Ambil Serius! Projek Digital Dolar Diumumkan Untuk Uji Kripto CBDC!

1,220

Projek Dolar Digital pertubuhan bukan untung Amerika Syarikat (A.S) pada hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan lima program perintis dalam 12 bulan akan datang untuk menguji potensi penggunaan mata wang digital bank pusat A.S.

Projek swasta ini akan dibiayai oleh Accenture Plc dan melibatkan beberapa syarikat kewangan, peruncit dan NGO. Tujuannya adalah untuk mengumpul lebih banyak maklumat untuk dijadikan timbangan para penggubal dasar dalam membangunkan dolar digital.

Kerjasama antara Accenture dan Digital Dollar Foundation, Digital Dollar Project dibuat tahun lalu untuk mempromosikan penyelidikan mengenai mata wang digital bank pusat A.S. (CBDC).

Menurut Christopher Giancarlo, bekas ketua Suruhanjaya Perdagangan  Komoditi dan pengasas bersama Yayasan Dolar Digital, persidangan dan makalah terus dilakukan diterbitkan hampir setiap minggu di seluruh dunia mengenai CBDC. Walaubagaimanapun, tidak banyak data dan pengujian secara nyata untuk CBDC. Justeru objektif pada kali ini adalah bagi mendapat maklumat mengenai hal tersebut.

CBDC merupakan matawang kripto atau wang digital yang diisukan oleh bank pusat dan membolehkan pengguna membuat pembayaran elektronik secara langsung.

Walaupun kad debit atau aplikasi pembayaran adalah dalam bentuk tunai digital, namun transaksi tersebut dilaksanakan oleh bank perdagangan berdasarkan wang yang dikreditkan bank pusat wang ke akaun bank tersebut. Justeru ia boleh mengambil masa agak lama untuk lakukan transaksi wang yang berjumlah besar. Berbeza dengan matawang kripto yang membolehkan transaksi dilakukan dengan kos yang minima dan pantas.

Justeru bank pusat di seluruh dunia, termasuk di China dan Eropah mengembangkan projek CBDC untuk memanfaatkan teknologi blockchain dan menangkis ancaman dari kripto dan memperbaiki sistem pembayaran.

David Treat, seorang pengarah urusan kanan di Accenture, mengatakan CBDC akan wujud bersama bentuk wang fizikal dan elektronik yang lain, dan bukannya menggantikannya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat