A.S Berkemungkinan Terpaksa Mengambil Langkah Ini! Kali Terkahir Dilakukan Pada Perang Dunia KeDua!

1,528

Amerika Syarikat kini sedang berhadapan kemelesetan ekonomi yang disebabkan impak wabak Covid-19 dan dalam masa yang sama belanja fiskal terus meningkat dan berpotensi untuk mencapai paras yang lebih merisaukan. Berikutan kes Covid-19 A.S dijangka bakal meminjam lebih pada tahun ini berbanding daripada hasil kutipan cukai dan lain-lain.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Rumah Putih, perkara ini kali terakhir berlaku pada tahun terakhir Perang Dunia Kedua. Pada ketika itu, pentadbiran A.S hanya mampu mengutip hasil sebanyak $45.2 bilion pada tahun 1945 dan mengalami defisit sebanyak $47.6 bilion pada tahun yang sama.

Sehingga bulan Julai ini, kerajaan telah berjaya mengumpulkan pendapatan sebanyak $ 2.824 trilion, yang kebanyakannya terdiri melalui cukai pendapatan dan cukai gaji. Walaubagaimanapun, kerajaan telah menghabiskan $ 5.631 trilion untuk menjana ekonomi dan hal ini menyebabkan negara mencatat defisit sebanyak $ 2.807 trilion.

Pada tahun 1945, A.S telah berhadapan seperti ini iaitu pada perang dunia kedua dan kini perkara yang sama berlaku lagi namun dalam situasi mengatasi impak penularan wabak Covid-19. Pada awal tahun ini, Kongres dan Rumah Putih telah bersetuju untuk menyalurkan sebanyak $ 2.4 trilion.

Pakar Ekonomi, Shai Akabas berpendapat pada bulan Jun lepas bahawa A.S berkemungkinan akan mencatat defisit sebanyak $3.7 trilion pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat