A.S Sepatutnya Mempunyai Kadar Faedah Lebih Rendah – Trump Luah Kekecewaan Terhadap Powell

257

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang ditemubual oleh FOX Business pada Isnin sekali lagi menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap keputusan oleh Federal Reserve A.S yang mengekalkan kadar faedah baru-baru ini.

Trump memberitahu bahawa Fed tidak sepatutnya mengetatkan dasar seperti sebelum ini dan A.S sepatutnya mempunyai kadar faedah yang lebih rendah sekarang.

Presiden Trump juga menyatakan kekecewaan beliau terhadap Pengerusi Fed Jerome Powell yang dilantik oleh beliau sendiri, dengan berpendapat bahawa Powell telah melakukan perkara yang salah dalam menjalankan tugasnya.

Sementara itu apabila ditanya mengenai pendapatnya terhadap kebimbangan wabak coronavirus yang semakin meningkat, beliau berpandangan bahawa China sangat profesional dalam mengendalikan situasi ini dan semuanya kini berada di bawah kawalan.

Beliau juga menyatakan keyakinannya bahawa China akan berjaya membendung isu ini tidak lama lagi.

Selain itu, Presiden Trump menyifatkan perjanjian dagang yang dicapai bersama China merupakan satu kejayaan apabila negara itu bersedia menerima bantuan daripada A.S.
Amerika Syarikat sebelum ini telah mengerahkan pakar dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ke Wuhan untuk membantu China menjalankan kajian mengenai wabak coronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat