Aavegotchi (GHST) Sebuah Token NFT Yang Harus Diberi Perhatian!

232

Aavegotchi merupakan non fungible token (NFT) yang berfokuskan DeFi yang berjalan pada protokol Aave. Ringkasnya, Aavegotchi adalah permainan avatars yang boleh digunakan sebagai cagaran DeFi untuk mendapat ganjaran daripada staking.

Mainnetnya dilancarkan pada Januari 2021 oleh Jesse Johnson atau lebih dikenali sebagai Coder Dan.

Keunikan yang pada Aavegotchi adalah aset yang dimainkan bertindak sebagai cagaran pada rangkaian DeFi, berbeza dengan NFT yang lain, mempunyai manfaat yang wujud dalam industri dimana nilai mereka melepasi prospek permainan.

Untuk berinteraksi dengan Gotchi, pengguna DeFi perlu stake sekumpulan token terpilih yang dikenali sebagai ATokens seperti LINK (aLINK) dan USDC (aUSDC) ke dalam Gotchi.

Meneliti kepada carta GHST/BUSD, pergerakan harga GHST telah merekodkan carta pergerakan harga yang baik menghasil lonjakan lebih 1,500% pada pasaran 2021 sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $1.96 pada 3 Mei yang lalu.

Daripada pandangan sudut teknikal, pergerakan harga GHST sedang berusaha kembali untuk memperoleh momentum kenaikan, paras SBR (support become resistance) sekitar $0.98 dilihat bakal menjadi paras tumpuan seterusnya untuk dituju.

Untuk kenaikan harga yang lebih tinggi, harga dijangka bakal menguji paras SBR tersebut dan mungkin bakal menguji trendline resistance bagi memberi isyarat yang jelas untuk membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika harga GHST kembali meneruskan trend bearish, harga dilihat bakal kembali menguji paras sokongan $0.93 sebelum menuju ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Sewaktu penulisan, GHST/BUSD didagangkan pada harga $0.96 susut 0.09% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto GHST/BUSD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat