Ada Apa-Apa Ke? Kelompok Whales Pakat Borong XRP!

1,180

Token asli Ripple, XRP bertukar menjadi mata wang kripto kelompok paus paling digemari buat masa ini. Harga XRP telah menurun sebanyak 12% dalam tempoh 30 hari yang lalu. Walau bagaimanapun, pergerakan harga ini telah memotivasikan kelompok whales untuk memindahkan lebih banyak token XRP.

Berdasarkan data yang disediakan oleh WhaleAlert, kelompok paus telah memindahkan 385 juta token XRP (lebih kurang bernilai $131 juta) dalam transaksi yang berbagai sepanjang 24 jam yang lalu. Walau bagaimanapun, satu-satunya transaksi terbesar yang direkodkan oleh penjejak bahawa terdapat perpindahan lebih daripada 280 juta XRP (lebih kurang bernilai $95.4 juta).

Terdapat Whale yang membeli sekitar 35.1 juta token XRP di tengah-tengah kejatuhan harga baru-baru ini. Whale yang tidak dikenali itu menambah XRP bernilai $11.8 juta daripada Bitso, pertukaran kripto.

Disisi yang berbeza, beberapa kelompok whale pula menjual 70 juta XRP (lebih kurang bernilai $25.6 juta) di bursa kripto yang berbeza. Salah satu Whale menjual XRP bernilai $11.8 juta di Bitso. Manakala Whale yang lain menjual XRP bernilai $10.1 juta di Bitstamp.

Berita baiknya, BitMart telah menyenaraikan XRP Ripple pada platformnya di tengah-tengah ketidakpastian tuntutan mahkamah.

Harga XRP naik sekitar 0.1% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ia didagangkan pada harga purata $0.353, pada masa akhbar. Ia memegang jumlah dagangan lebih daripada $708 juta. XRP mempunyai jumlah modal pasaran sekitar $17 bilion walaupun menghadapi tuntutan mahkamah daripada SEC AS.

Sebahagian pelabur berpandangan bahawa XRP akan tersekat sekitar $0.383 untuk seketika seblum benar-benar pulih.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat