Ada Apa? Jepun Tiba-Tiba Mahu Perkenalkan Pengawalseliaan Pasaaran Kripto Lebih Ketat!

1,453

Pihak berkuasa di Jepun merancang untuk memperkenalkan peraturan baharu yang lebih ketat untuk pengendali pasaran kripto sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghalang Rusia daripada menggunakan mata wang kripto untuk mengelak sekatan. Inisiatif perundangan itu dibuat selepas Tokyo meminta bursa kripto untuk mengukuhkan lagi pemantauan transaksi pada bulan ini.

Di tengah-tengah kebimbangan bahawa Rusia dan golongan elitnya mungkin menggunakan mata wang kripto untuk memintas sekatan antarabangsa, pihak berkuasa Jepun dijangka akan memperketatkan peraturan untuk pertukaran mata wang kripto. Bursa kripto kini perlu mengesahkan sama ada penerima transaksi tertakluk kepada sekatan kewangan atau tidak.

Langkah ini akan diperkenalkan melalui pindaan kepada undang-undang pertukaran asing dan perdagangan negara Jepun berdasarkan sumber dari Japan Today. Pengesahan tersebut juga bertujuan untuk menghalang individu dan pihak yang terlibat daripada memindahkan matawang kripto ke akaun pihak ketiga.

Seperti yang sedia maklum bahawa Rusia kini berhadapan dengan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh pelbagai pihak yang telah menyekat aksesnya kepada pasaran kewangan global dan rizabnya dalam mata wang asing dan emas. Waima begitu terdapat laporan yang mendedahkan bahawa pegawai Rusia berminat dengan mata wang kripto malah bersedia menerima bitcoin untuk eksport minyak. Sokongan untuk pengesahan mata wang kripto semakin berkembang di Moscow manakala penggubal undang-undang dan pakar sedang berusaha untuk menerima pakai rangka kerja pengawalseliaan yang komprehensif.

Agensi Perkhidmatan Kewangan (FSA) dan Persatuan Pertukaran Aset Maya dan Kripto Jepun dilaporkan sedang mencari jalan untuk menghalang Rusia daripada memintas sekatan namun tidak menyekat semua pengguna Rusia.

Reaksi terhadap konflik di Ukraine adalah berbeza dalam kalangan pemain industri kripto. Bursa Korea Selatan memilih menyekat akses Rusia, Bursa kripto global utama seperti Binance dan Kraken pula menolak permintaan kerajaan Ukraine untuk membekukan akaun semua pengguna Rusia secara unilateral.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat