Ada Berita Baik Dari Australia Untuk Trader AUD Pada Sesi Asia

390

Kadar pengangguran Australia menurun pada bulan Januari ketika langkah rangsangan bank pusat dan perbelanjaan kerajaan yang besar telah membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi dan meningkatkan lagi pengambilan pekerja.

Menurut data terbaru dari Biro Statistik Australia (ABS), kadar pengangguran menurun kepada 6.4% pada bulan lalu, berbanding 6.6% yang dicatatkan pada Disember dan lebih baik dari jangkaan 6.5%.

Ini juga menunjukkan Australia mengalami pemulihan berbentuk V kerana keberhasilannya dalam membendung penularan Covid-19 telah meningkatkan keyakinan dan mendorong isi rumah untuk berbelanja.

Bacaan memberangsangkan pada mulanya telah mendorong dolar Aussie untuk meningkat tinggi pada awal sesi Asia, namun matawang sensitif risiko itu dilihat bergelut untuk meneruskan kenaikan.

Hal ini kerana, bilangan pekerjaan yang dicatatkan hanya meningkat sebanyak 29,100 berbanding jangkaan kenaikan 30,000 dan jatuh daripada bacaan sebelum ini sebanyak 50,000.

Selain daripada bacaan yang bercampur-campur ini, dolar Aussie turut terkesan oleh pengukuhan dolar greenback yang mendapat sokongan daripada data jualan runcit AS yang lebih baik dari jangkaan.

Secara keseluruhannya, ketua statistik ABS, Bjorn Jarvis mengatakan bahawa pekerjaan sekarang hanya 59,000 orang lebih rendah daripada pekerjaan pada bulan Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat