Ada Harapan Untuk GBP/USD Melonjak Semula?

638

Penyusutan matawang Pound Sterling pada dagangan Rabu semalam dibantutkan oleh harapan baru terhadap perjanjian Brexit.

Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier menyatakan bahawa EU tetap bertekad untuk mencapai kesepakatan rundingan bersama UK. Beliau menambah tempoh peralihan Brexit yang berakhir 31 Disember tidak akan dilanjutkan.

Faktor tersebut sedikit menyokong matawang Pound daripada terus menyusut lebih rendah.

Namun pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD, harga kekal paparkan penurunan dengan paras terendah semalam hampir menyentuh paras 1.26700 iaitu zon RBS (resistance become support).

Kenaikan dapat dilihat semula pada dagangan sesi New York, namun harga hanya menguji paras 1.27600 yang merupakan zon SBR (support become resistance) sebelum kembali turun semula.

Menguji zon SBR tersebut, harga juga dilihat gagal menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan trend kekal bearish.

Kenaikan harga juga dihalang oleh pengukuhan US dolar dalam pasaran sepanjang minggu ini berikutan sentimen pasaran masih kekal berisiko.

Harga dijangka akan meneruskan penurunan lebih rendah melepasi paras sokongan 1.26700 untuk mencatatkan paras terendah terbaru pada minggu ini.

Penurunan di bawah paras tersebut juga akan merekodkan paras terendah terbaru 9 minggu. Destinasi tumpuan seterusnya adalah ke paras tumpuan 1.25000.

Jika kenaikan harga berlaku, paras tumpuan yang akan diuji adalah zon SBR 1.27600 dan seterusnya 1.28500.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat